Impian Aaron Bertemu Adiknya, Saul Niguez di Kejuaraan FIFA Club World Cup 2019

Aaron Niguez merupakan bekas pelatih dari akademi Valencia dan pernah mewakili skuad remaja kebangsaan Sepanyol iaitu diperingkat umur Bawah 19, 17, 20 dan 21. 

Beliau ke JDT dengan status bebas transfer sebelum ini bermain untuk kelab Real Oviedo iaitu kelab divisyen dua liga Sepanyol.

Foto : JDTTV, JST

Melalui temuramah dari laman rasmi facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi, Aaron memuji fasiliti yang terdapat di kelab JDT. Sudah masuk minggu kedua beliau berlatih bersama-sama rakan JDT. Banyak kerja yang perlu dilakukan beliau terutama mencari keserasian bersama rakan pasukan baharu dan tempat baharu JDT.

Aaron mahu mencapai rekod ‘treble’ bersama JDT, iaitu memenangi semua gelaran dalam bola sepak tempatan musim hadapan.

Kedua beradik Aaron dan Saul mempunyai satu impian bersama. 

“Kami bercakap tentang impian kami, iaitu JDT akan menjuarai AFC Champions League dan Saul akan memenangi UEFA Champions League supaya kmi berdua boleh bertembung di kejohanan FIFA Club World Cup.”

Ikuti temubual sepenuhnya di : 


https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/272366653473728/

Penghijrahan Aaron ke JDT juga turut mendapat respon dari adiknya sendiri, Saul Niguez, yang kini bermain untuk Atletico Madrid. Saul mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Ulasan