HIKAYAT JDT DAN REVOLUSI BOLA SEPAK TANAH AIR

HIKAYAT JDT DAN REVOLUSI BOLA SEPAK TANAH AIR
Hari itu hari Sabtu dan cuaca pula tidak menentu. Di JDT Cafe duduk bersantai minum petang, sambil menunggu seseorang. Saya begitu teruja di waktu itu, hingga palpitasi bergerak laju, kerana hasrat saya bertemu dengan seseorang ini telah lama saya nantikan. Maka hari itu satu pertemuan telah berjaya diaturkan.
Sebenarnya pada hari itu, saya diberi peluang berbual dan berkongsi cerita bersama seorang bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi di Liga Malaysia sekitar tahun sembilan belas sembilan puluhan. Namun terpaksa menamatkan karier kerana masalah serius akibat kecederaan.
Dalam lima belas minit saya menunggu, akhirnya beliau hadir di depan mata. Masih segak seperti dahulu. Walaupun sedikit nampak berusia. Tanpa berlengah soalan pertama saya utarakan. Saya bertanya pendapat tentang kewujudan Harimau Selatan, dengan senyuman beliau menjawab soalan dengan spontan.
"Eksistensi Harimau Selatan"
Harimau Selatan. Kewujudan Harimau Selatan adalah bertunjangkan tali persaudaraan dalam struktural. Rantaian dan kolerasi jadi wadah operasional. Nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa disiul umpama satu ritma dalam muzikal.
Empayar ini mempunyai empat tiang jadi sokongan. Empat tiang yang menjadi fondasi agar lestari kekukuhan. Dibakar tak hangus, direndam tak basah, swadaya integrasi, implementasi JDT terus berjaya.
Empat tiang itu hanyalah justifikasi, mewakili Keluarga JDT yang indah bervariasi, DYAM Tunku Mahkota Johor, barisan pengurusan, para pemain dan semua penyokong menjadi deskripsi, membuatkan kastil ini kukuh kebal optimalisasi.
"Beliau menyambung perbualan kembali, setelah meneguk segelas kopi"
Johor Darul Ta’zim! Sebuah kelab yang begitu jauh meninggalkan pasukan pesaing. Betapa sempurnanya kelab ini, hingga sama tinggi berdiri dengan kelab hebat luar negeri.
Betapa bertuahnya pemain yang dapat menyarung jersi Harimau Selatan. Segala yang ada adalah satu nikmat yang dahulu beliau impikan. Suatu impian yang beliau rasa tidak mungkin menjadi kenyataan, namun kini telah direalisasikan di tanah tumpah darah bumi selatan.
"Bilik persalinan yang lengkap dengan jakuzi, gimnasium yang dipenuhi peralatan terkini, padang latihan tertutup yang lengkap fasiliti, serta pemain import berkelas dunia yang benar-benar berkualiti. Siapa sangka semuanya ada disini?"
Saya bertanya pula apa bezanya dengan waktu dahulu?
Beliau menyatakan ianya jauh berbeza, dahulu kebajikan pemain tidak dijaga. Gaji cukup makan dan kadangkala sering tertunggak. Masa depan juga tidak berani untuk dicongak.
"Kecederaan"
Kecederaan? Kecederaan serius adalah satu malapetaka yang boleh menghancurkan. Ada pemain muda yang berbakat terpaksa menamatkan karier kerana tidak mampu menanggung kos perubatan, akibat pengurusan mengambil sikap tidak ambil tahu dan lepas tangan, juga tidak mahu bertanggungjawab segala bebanan.
"Gaji dan pendapatan"
Gaji dan pendapatan? Seringkali mengundang kesedihan. Ada di antara mereka menerima gaji yang tidak setimpal dan tidak masuk akal. Kadangkala terpaksa membuat dua kerja demi menyambung kehidupan yang kritikal. Ekoran gaji yang tidak seberapa, ramai pemain yang terdedah kepada gejala rasuah. Tewas dengan agitasi dan tipu daya si kaki judi yang menawarkan wang ringgit melimpah ruah.
“Benarkah dahulu Liga Malaysia lebih meriah?”
Dahulu Liga Malaysia tidak pernah ada anjakan paradigma. Musim silih berganti namun tetap pada takuk yang sama. Stadium, fasiliti dan infrastruktur hanya sekadar ada sahaja. Mereka tiada keghairahan untuk mengubah apa yang ada. Dari tahun sembilan belas sembilan puluhan hingga tahun dua ribu segala benda tiada transformasi, langsung tiada obligasi untuk mencetus eksistensi inovasi.
"Landskap Bola Sepak"
Wujudnya JDT satu Malaysia seperti bangkit dari jendera. JDT telah berjaya mengubah landskap bola sepak dalam negara. Yang retrogresif kini evolusi jadi eksklusif, mana yang pasif sudah mula jadi optimis, semua JDT buat telah menjadi ikutan kebanyakan pasukan. Lalu Liga Malaysia kini bertukar rupa seratus peratus dalam penampilan.
Setiap pasukan kini berlumba-lumba dalam kemajuan kokurensi. Kerusi ‘bucket’ pemain simpanan, papan adpertensi LED dan bas rasmi pasukan adalah satu perkara yang wajib standardisasi. Bilik persalinan pemain telah diubah menjadi cantik. Segala penambahbaikan infrastruktur fasiliti semua pengurusan kini tidak lokek.
"Saya menyatakan kepada beliau, bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyatakan bahawa semua pasukan dalam tanah air ini jangan malu untuk mengikuti apa yang JDT buat. Malah Tunku bersedia untuk berkongsi pendapat. Namun lumrah kehidupan manusia, hanya segelintir yang mahu dan bersedia untuk berubah."
“Komen tentang JDT pada musim hadapan”
Musim hadapan adalah musim yang penuh cabaran. Beliau pasti tidak akan tersasar perjuangan Harimau Selatan walau banyak halangan.
DYAM Tunku Mahkota Johor pasti akan menjadi sebaik-baik alteratif, sejarah baru pasti tercatit jadi akumulatif. Kejuaraan Liga Super kali keenam akan jadi misi yang penuh akurasi, tidak akan dibiarkan Harimau Selatan kelak abdikasi.
Pada persaingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pula, DYAM Tunku Mahkota Johor pasti tidak akan membiarkan Harimau Selatan mengangkat awal panji kapitulasi. Walau apa terjadi, setiap halangan mendatang perlu berani untuk diatasi.
"Sifat gugup dan gentar itu lumrah. Tapi jangan sampai ia memusnah. Hidanglah sebanyak mana lawan yang gagah, teruskan berjuang jangan menyerah"
Kami menamatkan perbualan, apabila melihat jam di tangan. Salam perpisahan saya ucapkan, semoga berjumpa kembali di masa hadapan.
Akhir kalam, dengan segala rumusan cerita, timbul satu kesimpulan kata, jelas kewujudan JDT mengubah segala kovensional, malah membuat nama Malaysia jadi terkenal. Maka harus bersyukur atas kewujudan, lalu empayar ini hendaklah sentiasa dipertahankan, infrasonik suara sokongan harus kita sentiasa tiupkan, sebagai bekalan dalam setiap perjalanan, semoga Harimau Selatan sentiasa bertemu kejayaan.
"Bola sepak di Malaysia ibarat medan perang, saya tidak pernah melihat JDT sebagai johan, tetapi sebagai 'survivor'. Itulah yang saya lihat, kita terus hidup walau berdepan apa jua keadaan."- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan