- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pahang bukan sahaja mahu pertahankan Piala FA, malah mahu memburu Liga Super dan Piala Malaysia 2019. Inilah azam Nor Azam Azih, pemain tengah Pahang musim hadapan.
Berikut laporan dari akhbar Berita Harian :
Bukan sahaja Piala FA yang akan dipertahankan, malah kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjadi buruan skuad Pahang dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain tengah pasukan itu, Nor Azam Azih mengakui ia bukan tugas mudah tetapi dengan mengekalkan barisan pemain tempatan sedia ada, dia mengharapkan prestasi meyakinkan dapat diterjemahkan skuad Tok Gajah.
"Malah, saya yakin tiada yang mustahil untuk merealisasikan misi itu kerana kami beraksi dengan baik musim ini hingga mencapai sasaran mengucup satu piala.
"Saya percaya dengan kemasukan pemain import baharu juga akan membantu memperkasakan pasukan," katanya.
Nor Azam yang menyarung jersi Pahang sejak 2016 berkata, dia akan mempamerkan prestasi lebih baik untuk mengekalkan kedudukan dalam kesebelasan utama.
Katanya, pengalaman yang dimiliki bersama Pahang termasuk skuad kebangsaan banyak membantu meningkatkan kualiti permainannya.
"Saya percaya pencapaian lebih baik mampu diraih berdasarkan sokongan pengurusan, jurulatih dan penyokong," kata pemain berumur 23 tahun itu.
Sumber : Berita Harian

Tajuk : Azam mahu Pahang Bolot Semua Trofi
Bukan sahaja Piala FA yang akan dipertahankan, malah kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjadi buruan skuad Pahang dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain tengah pasukan itu, Nor Azam Azih mengakui ia bukan tugas mudah tetapi dengan mengekalkan barisan pemain tempatan sedia ada, dia mengharapkan prestasi meyakinkan dapat diterjemahkan skuad Tok Gajah.
Kami tidak hanya akan mempertahankan Piala FA, dua lagi piala berprestij iaitu Liga Super dan Piala Malaysia turut menjadi misi skuad Pahang untuk dijulang.
"Malah, saya yakin tiada yang mustahil untuk merealisasikan misi itu kerana kami beraksi dengan baik musim ini hingga mencapai sasaran mengucup satu piala.
Justeru, keserasian dan persefahaman yang dipersembahkan akan dipertingkatkan untuk meletakkan skuad Tok Gajah berada pada prestasi terbaik.
"Saya percaya dengan kemasukan pemain import baharu juga akan membantu memperkasakan pasukan," katanya.
Nor Azam yang menyarung jersi Pahang sejak 2016 berkata, dia akan mempamerkan prestasi lebih baik untuk mengekalkan kedudukan dalam kesebelasan utama.
Katanya, pengalaman yang dimiliki bersama Pahang termasuk skuad kebangsaan banyak membantu meningkatkan kualiti permainannya.
"Saya percaya pencapaian lebih baik mampu diraih berdasarkan sokongan pengurusan, jurulatih dan penyokong," kata pemain berumur 23 tahun itu.
Sumber : Berita Harian
Komen penulis :
Kita hormati setiap azam dan harapan yang datangnya dari seseorang atau satu-satu pasukan. Tidak menjadi satu kesalahan. Mungkin ia untuk dijadikan satu motivasi bagi diri mereka atau pasukannya.
Sekiranya semua pasukan dan pemain mempunyai azam yang sama seperti itu, maka semakin hebatlah Liga Malaysia nanti. Liga yang hebat akan menghasilkan pasukan yang hebat.
Tahniah kita ucapkan kepada Nor Azam Azih, seorang yang menjadi pilihan penulis satu masa nanti akan bersama JDT.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan