Penyerang skuad B-19 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, mencuri tumpuan media arus perdana minggu lalu dengan kejayaannya meraih kontrak dengan kelab Liga J2, Fagiano Okayama, selama setahun untuk musim 2019.
Penulis adalah pengamal media tempatan pertama yang melaporkan mengenai usaha membawa pemain berasal dari Tanjung Malim itu ke Jepun Mac lalu, ketika dia bersama skuad B-19 negara di saingan jemputan Piala Sanix di Fukuoka, Jepun.
Ketika itu, Hadi turut menyuarakan impiannya berkelana di Jepun dan penulis tidak terkejut dengan kejayaannya meraih tempat di Jepun kini.
Ternyata Hadi mempunyai kecekalan dan keazaman yang kuat untuk menjadi pemain profesional di luar negara.
Hadi yang kini berusia 18 tahun, boleh saja terus kekal di kelab Johor Darul Ta'zim II (JDTII), namun memilih untuk menamatkan kontraknya dengan kelab pelapis Harimau Selatan itu untuk mengejar cita-cita ke luar negara.
Bekas pemain kelab remaja Frenz United itu mula beraksi di JDTII ketika berusia 16 tahun pada 2016 dan turut dinaikkan ke skuad utama JDT pada 2017.
Tidak dinafikan, pendedahan awal di Frenz dan suasana kompetitif di JDT membentuk kematangan pemain muda itu.
Hadi juga menghadapi penurunan prestasi ketika beraksi dalam pusingan akhir Kejohanan AFC-B19 ekoran gagal menyerlah meskipun barisan muda negara menjuarai saingan AFF B-19 tahun.
Namun, Hadi tidak menghiraukan kritikan terhadapnya ketika itu dan sejak Mac lalu dia beberapa kali berulang-alik ke Jepun untuk menjalani beberapa siri ujian pemilihan sebelum Okayama akhirnya menawarkannya kontrak.
Penulis amat berharap Hadi mampu mencipta impak di Jepun, seterusnya menjadi penyerang utama skuad B-23 dan senior kebangsaan pada 2019.
Hadi adalah pemain negara pertama beraksi di saingan Liga J2 Jepun dan ketiga negara beraksi di negara matahari terbit itu selepas Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim bersama FC Ryuku dalam saingan Liga J3 pada 2013.
Sudah pasti cabaran lebih sukar menanti Hadi memandangkan saingan J2 lebih mencabar dan kompetitif berbanding J3.
Penulis percaya, jika Hadi mampu kekal lebih daripada semusim di Okayama, sudah pasti ia bukan sesuatu yang mustahil menyaksikannya beraksi di Liga J1 dalam masa beberapa tahun lagi.
Penghijrahan Hadi ke Jepun turut dibantu dengan hasil usaha pengarah urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada.
Kini, ia terserah kepada Hadi untuk menjelmakan aksi terbaik di atas padang dan memastikan permulaan kerjaya profesional yang positif di bumi Jepun.

Ulasan
Catat Ulasan