FILOSOFI PENYATUAN BANGSA JOHOR
Johor Darul Ta'zim bukan calang-calang negeri, agenda perpaduan bangsa jadi implementasi, keberkatan perpaduan juga toleransi, di sini berkurun lama muafakat berapresiasi.
Artikel ini boleh mengundang gangguan psikomatik, macam castle bravo meledak automatik, buat kelompok si hepar hitam bertambah sakit. Kenyataan yang benar sememangnya perit.
Mari mula qiraah, kira detik satu dua dan tiga, satu hembusan nafas kita mula segera.
"Identiti kewujudan Bangsa Johor"
Wujudnya Bangsa Johor terbukti di sejarah lama, lebih satu ratus tahun termeterai bersama, orang laut adalah asal penduduk sekian lama, manakala orang sungai dan darat puak berlainan berkongsi di tanah yang sama, sebelum datangnya kaum
India dan juga Cina. Lalu disatukan semua bangsa di Tanah Jauhar. Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Temenggung Seri Maharaja Tun Daing Ibrahim pencetus penyatuan bangsa. Semua kaum dilayan sama rata juga saksama.
India dan juga Cina. Lalu disatukan semua bangsa di Tanah Jauhar. Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Temenggung Seri Maharaja Tun Daing Ibrahim pencetus penyatuan bangsa. Semua kaum dilayan sama rata juga saksama.
"Empayar penuh kemodenan dan kemajuan"
Kemajuan Tanah Jauhar bukan cerita baharu, sudah berkurun sejak lama dahulu, kukuh ekonomi, dan juga infrastruktur, hidup rakyat sentiasa teratur.
Hadirnya British, Jauhar tidak goyang, tetap gagah Kesultanan tak bergoncang, si hidung mancung ikut jari telunjuk, segala hasil bumi Jauhar tak mudah untuk ditangguk.
"Halaman rasmi pengikat hubungan"
Laman sosial JST media JDT beridentiti, laman ‘HRH Crown Prince of Johor’ jadi platform Tunku sebagai lidah rasmi. Namun sama tujuan iaitu menyemarakkan semangat bangsa untuk terus mekar bersemi. Bahan rujukan untuk bangsa Jauhar paling direkomendasi.
Tidak hanya memaparkan jadual perlawanan, keputusan, keraian dan kejayaan, tetapi medan untuk memberi pengetahuan sejarah Johor dan juga perkembangan. Kadang kala menjadi tempat Tunku berkongsi cerita aktiviti kehidupan seharian, supaya sampai terus tanpa sempadan, juga dihurai pantas tanpa tapisan.
"Trisula ideologi Harimau Selatan"
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tulang belakang kekuatan identiti Bangsa Johor,
menerbitkan sifat rasa taat setia paling tersohor. Semua Bangsa Johor mempunyai mutlak emansipasi, terlindung dari agenda politik yang buruk inspirasi, semua rakyat bebas dari segala inkarserasi, disini benar-benar lahir sejatinya demokrasi.
menerbitkan sifat rasa taat setia paling tersohor. Semua Bangsa Johor mempunyai mutlak emansipasi, terlindung dari agenda politik yang buruk inspirasi, semua rakyat bebas dari segala inkarserasi, disini benar-benar lahir sejatinya demokrasi.
Semangat Penyokong JDT menyelubungi jiwa dan raga melalui aura sejarah, imej Harimau yang menjadi simbolik utama dalam jata, kekuatan dan semangat juang yang tinggi elok bagai mestika. Lestari wujud rakyat Jauhar istiqamah.
"Konsep penyatuanTunku Mahkota Johor"
Tunku adalah penyambung legasi Sultan Sir Abu Bakar, semangat perpaduan rakyat kini sudah kuat berakar pracanda, tunjangnya cukup bertahan untuk badai sehebat katrina, cukup kebal walau gempa bumi ardabil datang melanda.
Kejayaan konsep Bangsa Johor ini adalah satu kejayaan yang memberangsangkan, berbeza pula manifesto politikus yang di canang-canangkan, di tanah ini tiada siapa berani memagut, silap caturan diri sendiri bakal terjerut, tanah ini bukan lubuk memeras ugut, perpaduan bangsa ini bukan mudah untuk diragut.
Akhir kalam, perpaduan kita ini harus terus dikekalkan, Bangsa Johor adalah satu dalam jutaan, Bangsa Johor tetap berharga kategori VVS1, memang terunggul dalam carta perpaduan.
"Inilah panji kepadanya saya berkhidmat, inilah panji yang saya pertahankan, dan deminya saya sanggup berkorban. Menjadi satu keistimewaan dan penghormatan bagi saya berbakti kepadamu Bangsa Johor. Anda tidak berkeseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor demi Johor!" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan