CETAK BIRU HARIMAU SELATAN

CETAK BIRU HARIMAU SELATAN
Cetak biru atau blueprint adalah kerangka kerja terperinci sebagai landasan dalam proses kerja yang meliputi penerapan tujuan dan sasaran, penyusunan strategi, pelaksanaan program, dan fokus kegiatan serta langkah-langkah atau implementasi yang harus dilaksanakan olah setiap radius unit dalam organisasi.
Dalam konteks bola sepak Malaysia, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah 'blueprint'. Setiap langkah yang dibuat akan menjadi ikutan. Berikut adalah perkara-perkara yang menjadi ikutan kebanyakan pasukan dan kelab bola sepak di tanah air.
1. PEMBERSIHAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI
Masalah-masalah yang dihadapi banyak pasukan dan kelab di Malaysia adalah ketirisan pengurusan dana, kekurangan profesionalisma, isu-isu integriti, keikhlasan dalam melakukan gerak kerja, rasuah dan kronisme. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah membuktikan bahawa dengan pembersihan secara total dalam sesebuah organisasi dapat memajukan sesebuah kelab.
Keberkesanan penstrukturan semula organisasi dalam meningkatkan potensi pasukan dalam liga Malaysia berjaya membuka mata kebanyakan pihak yang mahu mentransformasikan pasukan mereka.
2. MENINGKATKAN NILAI KOMERSIAL KELAB
JDT adalah modul terbaik dalam menarik minat penaja. Banyak pasukan mula mahu mengikut strategi dan dasar yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Ini berikut kejayaan baginda yang berjaya memastikan JDT mendapat kepercayaan penajaan dalam jangka masa panjang daripada syarikat-syarikat mega multi nasional dalam dan luar negara . Dengan kejayaan menarik minat syarikat-syarikat gergasi ini, nilai komersial jenama JDT berjaya dipertingkatkan.
3. KERJASAMA DAN KEPAKARAN ANTARABANGSA
Kerjasama dan kepakaran antarabangsa adalah penting untuk lonjakan prestasi kelab. Atas kesedaran tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengadakan kerjasama dengan beberapa organisasi bola sepak terkemuka dari seluruh dunia. Tindakan ini telah diperlekehkan ketika gerak kerja ini baru dilaksanakan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Namun akhirnya ia menjadi ikutan setelah melihat keberkesanan dan kualitatif daripada usaha berkenaan.
4. FASILITI DAN INFRASTRUKTUR
Perkara ini adalah 'blueprint' utama yang menjadi ikutan. Dengan kewujudan JDT, segalanya telah berubah. Liga Malaysia mula kelihatan keluar daripada era konvensional dan berwajah baru. Mereka mula sedar bahawa kekurangan kemudahan fasiliti dan infrastruktur merencatkan pembangunan bola sepak dan perkembangan pasukan atau kelab.
5. KEPENTINGAN KEPERKASAAN MEDIA SOSIAL
Laman rasmi dan media sosial adalah platform utama mengeratkan ikatan antara kelab dengan penyokong. Laman rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) adalah pencetus kesedaran pasukan di Liga Malaysia bahawa betapa pentingnya memperkasakan media sosial rasmi sesebuah pasukan atau kelab.
Mengikut trend terkini, JST selaku media sosial terbaik di dalam negara ini telah menjadi contoh kepada mana-mana pasukan atau kelab yang mahu membangunkan fondasi media sosial mereka. Grafik, rakaman video, pengenalan pemain malah penyampaian berita kini menjadi blueprint untuk diduplikasi.
Kini terbukti benar seperti yang dikatakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada suatu masa dahulu bahawa JDT mempunyai ramai 'peminat gelap' dan mereka malu untuk mengaku mengagumi JDT.
"J, a silent love story"
JDT akan sentiasa menjadi nombor satu dalam inovasi modenisme bola sepak tanah air. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan