CABARAN GETIR MUSIM BAHARU MENANTI SKUAD HARIMAU SELATAN
Musim 2019 bakal menyaksikan satu lagi musim penuh mencabar yang akan dilalui oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT perlu tampil lebih mantap sekiranya mahu terus mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut kelak.
Seluruh barisan pemain juga perlu mengekalkan tahap kecergasan tinggi dan kekuatan mental tanpa depresi. Hanya dengan cara ini sahaja, JDT dapat menguasai perlawanan aksi domestik dan antarabangsa.
Berikut merupakan beberapa cabaran yang perlu dilalui oleh JDT pada musim baharu nanti.
1. PERSIAPAN RAPI PARA PESAING
Musim 2019 dilihat musim yang bakal menyaksikan JDT terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super Malaysia. Persiapan rapi semua pasukan dan kelab yang bertanding dalam saingan liga adalah isyarat bahawa mereka serius untuk memecahkan cengkaman dominasi JDT.
Pengurusan pasukan pesaing juga dilihat telah mengeluarkan perbelanjaan dan melabur dana yang berkapasiti besar untuk mengukuhkan fondasi pasukan mereka. Namun perkara ini tidak terlalu menghairankan kerana semua pasukan dan kelab yang bertanding pasti meletakkan tanda aras iaitu merampas dan menghalang JDT merangkul kejuaraan buat kali keenam sekaligus memperolehi slot automatik Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.
2. KEPADATAN JADUAL PERLAWANAN
Musim 2019 juga menyaksikan JDT sekali lagi akan mengharungi jadual yang padat. Perlawanan Liga Super, Piala FA dan Liga Juara-Juara AFC akan bersilih ganti. JDT juga akan mengharungi perjalanan jauh dalam beberapa siri perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC kelak.
Penjagaan nutrisi pemakanan disamping kekuatan emosi dan fizikal harus diadaptasi sebagai rutin dan disiplin pemain. Dengan disiplin tersebut, ianya dapat mengurangkan risiko kecederaan dan mengekalkan konsistensi prestasi. Ia turut membantu JDT mara ke tahap lebih tinggi dan kekal konsisten dalam mengharungi jadual yang padat.
3. FAKTOR CUACA DI LUAR NEGARA
Musim 2019 juga adalah tahun dimana JDT bakal berhadapan dengan pengalaman baru. JDT diramal akan bertemu dengan kelab-kelab hebat dalam Kumpulan E, Liga Juara-Juara AFC. Sudah pasti pemain JDT bakal menyaksikan iklim dan cuaca berlainan.
Kesan perubahan iklim dan cuaca boleh menyebabkan kemerosotan prestasi pemain dan mengganggu aksi ketika perlawanan. Perkara dan situasi ini dilihat sebagai satu masalah yang bakal menjadi satu halangan dan harus segera ditangani.
Walaubagaimanapun, JDT pasti akan tetap fokus dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan takhta Liga Super Malaysia 2019, malah perkara ini juga akan menjadikan JDT lebih agresif untuk mencabar beberapa lagi kejuaraan domestik disamping menjadi pencabar baharu Liga Juara-Juara AFC 2019 kelak.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pernah menyatakan bahawa seorang juara tidak akan pernah berhenti untuk berusaha dan hanya mereka yang berhenti berusaha tidak akan menjadi juara.
Maka dengan itu, walaupun cabaran getir menanti, usah takut untuk melangkah jauh kehadapan, sentiasa percaya dan yakin kepada diri sendiri kerana keyakinan adalah tiang keberanian, dan keberanian pula kekal berpaksi dalam jiwa Harimau Selatan.
Akhir kata, jangan selesa melakukan hal yang biasa kerana Johor Darul Ta’zim memang terbukti luar biasa!
Demi Merah Biru! Luaskan Kuasamu Johor!
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Add caption |
Ulasan
Catat Ulasan