Buriram United Mencatat Rekod Terbaharu Jualan Jersi 'Home' 2019 Pada Hari Pertama

Buriram United adalah sebuah kelab bola sepak Thailand yang telah menjuarai Liga 1 Thailand dua tahun berturut-turut (2017 dan 2018). Tahun 2019 merupakan tahun kedua berturut-turut menyertai dan melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (2018 dan 2019). Tahun ini Buriram United ditempatkan dalam Kumpulan G bersama Beijing Guoan FC, Jeonbuk Hyundai FC dan juara Piala Maharaja Jepun.



Setiap tahun Buriram United telah mengejutkan bukan sahaja peminat bola sepak tempatan malah Asia Tenggara dengan jualan jersi mereka di hari pertama.

Berikut adalah petikan dari terjemahan buletin sukan goal.com Thailand :


Buriram United, sebuah kelab terbaik Toyota Thai League dan kelab No. 1 di ASEAN mengumumkan jualan jersi ‘home’ 2019 telah terjual sebanyak 40,196 unit, memecahkan rekod lama pada musim 2017. 

Mereka telah mengumumkan pelancaran hari pertama musim 2019 jersi ‘home’ pada 1 Disember  di setiap kedai (outlets). Sambutan yang diterima adalah lebih baik daripada yang dijangkakan. Dan peminat telah menunggu giliran untuk membeli jersi tersebut sejak malam 30 November itu.

Sehingga hari penutup pada Sabtu, 1 Disember, jualan jersi ‘home’ Buriram United 2019 mencapai 40,196 unit (590 baht sehelai ) bernilai 23,715,640 baht, memecahkan rekod lama musim 2017, 35,500 helai. 590 baht bersamaan dengan RM74.80

Jersi ‘home’ 2019 Buriram United ini diilhamkan oleh fabrik Sutera Thailand. Kolarnya adalah fesyen Thailand. Temanya pula  adalah ‘gaya rakyat Thailand’ FOLKxSPORT direka oleh Chidchuck.

Berikut adalah hasil jualan jersi Buriram mengikut tahun :

2016 – 19,500 helai
2017 – 35,500 helai
2018 – 27,572 helai
2019 – 40,196 helai

Dua kelab dari Asia Tenggara memperolehi slot automatik ke peringkat kumpulan iaitu Buriram United (Thailand) dan Johor Darul Ta'zim (Malaysia) pada Liga Juara-Juara AFC 2019. Buriram berada dalam Kumpulan G, manakala JDT dalam Kumpulan E. Buriram United musim ini menghadapi laluan yang agak sukar berbanding dengan JDT walaupun semua pasukan lain adalah yang kuat-kuat dan merupakan gergasi bola sepak Asia.

Ulasan