Bermain untuk JDT menjadi satu cabaran baharu buat Mauricio dos Santos Nascimento musim hadapan.
Itulah yang dianggap oleh beliau melalui akaun Instagram beliau terkini. Mauricio telah pun menjejakkan kaki di bumi Johor.
“Saya berterima kasih kepada tuhan atas peluang baharu ini. Dalam masa dua tahun ini, saya akan memakai jersi JDT dari Malaysia.”
“Saya juga berterima kasih kepada TMJ dan Pengarah Sukan JDT, Martin atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya dan memastikan saya menggondol kejuaraan serta membawa kegembiraan kepada penyokong JDT.” kata Mauricio melalui Instagram beliau.
Ulasan
Catat Ulasan