Setiap tahun, beberapa pasukan dari Liga 1 Thailand mendapat sebahagian peruntukan untuk membaiki dan menyelenggara padang mereka. Pada musim lepas, pasukan Muangthong United mendapat peruntukan penyelenggaraan padang stadium mereka. Disebabkan padang Stadium SCG Muangthong tidak dapat disiapkan untuk perlawanan dengan JDT, maka perlawanan itu terpaksa dijalankan di Stadium Suphachai, Bangkok.
Kali ini, pasukan Ratchaburi Mitr Phol FC pula berpeluang menyelenggara padang stadium mereka. Stadium Pitr Phol itu tidak besar, hanya mempunyai kapasiti sekitar 14,000 tempat duduk sahaja. Namun padang mereka kelihatan cantik dan baik dijaga mengikut jadual.
Padang stadium Mitr Phol dijangka siap sepenuhnya pada 08 Januari 2019 dan mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Bangkok United pada hari itu.
Pasukan Johor Darul Ta'zim akan mengadakan perlawanan ujina bersama pasukan Ratchaburi Mitr Phol itu pada 17 Januari nanti. Perlawanan itu dijangka akan diadakan di stadium tersebut. Selain dari pasukan Ratchaburi Mitr Phol FC, JDT juga akan melawan Bangkok United (20 Januari) dan PTT Rayong FC (23 Januari 2019). Ia sebagai pemanas badan dan menguji keserasian dan kemantapan pasukan menjelang musim 2019.

Ratchaburi menduduki tangga ke-12 Liga 1 Thai musim ini, namun masih boleh bersaing dengan kelab terbaik Thailand. Berikut adalah keputusan perlawanan Ratchaburi melawan Bangkok United, Buriram Utd dan Muangthong Utd musim ini.
Buriram Utd (2)-(1) Ratchaburi
Ratchaburi (1)-(2) Bangkok Utd
Muangthong Utd (2)-(2) Ratchaburi
Bangkok Utd (1)-(1) Ratchaburi
Ratchaburi (1)-(2) Muangthong Utd
Ratchaburi (0)-(1) Buriram Utd
Ulasan
Catat Ulasan