Artikel 15A Dan Akhyar Rashid: Roda Polemik Yang Berputar Kembali

Ini adalah pendapat beliau tentang Artikel 15A; berkaitan dengan penamatan kontrak antara pemain dan pasukan.
Artikel 15A perenggan 3
Dalam isu Akhyar Rashid, kalau merujuk kepada Perenggan 3, Artikel 15A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM –  memang FAM mempunyai kuasa akhir.
Namun, kita perlu melihat jauh daripada sekadar satu lapis pandangan. Di balik setiap undang-undang, ada sebab kenapa ia digubal dan diusulkan. Di hadapan undang-undang itu pula, ada kesan dan akibat daripada perlaksanaannya.
Justeru, perlu ada usaha bersungguh untuk memastikan lacuna atau lompang dalam Artikel 15A, tidak hanya menguntungkan satu pihak sahaja.

Apa yang kita khuatirkan, akan lebih banyak persatuan yang tidak mahu mengikat kontrak panjang bersama pemain. Jadi, perlu ada pindaan terhadap Peraturan tersebut yang membolehkan keadilan tertegak buat pasukan lama, pasukan baharu serta pemain itu sendiri.
Soal ‘salary cap’, gaji minimum dan maksimum seseorang pemain juga wajar dikaji secara serius. Liga yang menarik dan ‘hidup’, adalah bila tidak hanya segelintir pasukan yang mendominasi sepanjang musim.
Realiti karier pemain bola sepak
Dari sisi pemain, siapa yang boleh menafikan hayat pendek kerjaya bola sepak seseorang atlet sukan tersebut. Itu belum dicampur risiko kecederaan serta penurunan prestasi yang mendadak.
Apalagi banyak pasukan dan kelab yang gagal membayar gaji pemain mereka sendiri, sehingga tertunggak dan menzalimi. Hal yang demikian, soal kebajikan serta masa depan mereka dari segi kelangsungan hidup, tidak boleh kita sisihkan.
Pilihan di tangan pemain
Namun, ia berbalik kepada pemain itu sendiri juga. Kalau dapat menyertai kelab gergasi dunia sekalipun, tapi hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak dapat mengembangkan bakat serta potensi, tak guna juga.


Di sinilah fungsi minit permainan seharusnya digunapakai; dalam penyenaraian ke dalam skuad kebangsaan – dan mungkin dalam menentukan jumlah gaji.
Para pemain perlu memastikan mereka kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab atau pasukan. Jangan sampai diperam dan akhirnya hilang dari radar bola sepak tempatan.
Harap ada penyelesaian terbaik
Moga ada jalan keluar yang menang-menang untuk polemik Akhyar-JDT FC-Kedah FA ini. Dan moga kita tidak lagi memutar roda kemelut yang sama, berulangkali.
Sebagai pemain yang disenarai dalam setiap skuad junior dan senior negara, pastinya beliau seharusnya terus digilap dan dijaga. Kita tidak mahu kehilangan seorang lagi prospek bola sepak negara.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya.
Apa pandangan anda tentang Artikel 15A yang melibatkan peraturan penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Adakah anda rasa perlu diperbaiki.
Jangan lupa untuk ‘like’ page Retro Bola Sepak untuk kupasan bola sepak dalam dan luar negara. Dan luangkan juga masa anda melawat blog – Chedinsphere.

Ulasan