APRESIASI MUSIM 2018 KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM
Musim 2018 menyaksikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) masih konsisten walaupun melalui musim yang mencabar. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berjaya membuktikan kepada seluruh penyokong setia, pemerhati genius dan pengkiritik tegar bahawa JDT adalah sebuah kelab yang berpotensi untuk terus maju dan mampu mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia. JDT mampu keluar dari kubikel yang sempit dengan keterampilan yang penuh kualitatif sepanjang musim berjalan.
1. PIALA SUMBANGSIH 2018 (3 FEBRUARI 2018)
Stadium Larkin menjadi medan perebutan Piala Sumbangsih 2018 di antara JDT menentang Kedah. JDT telah berjaya merampas kejuaraan tersebut dengan menundukan pasukan pelawat 2-1 dihadapan lebih kurang 23,000 penonton. Piala Sumbangsih 2018 adalah indikator awal kejayaan JDT pada musim 2018.
2. SHOPEE PIALA FA MALAYSIA 2018 (13 FEBRUARI - 7 JULAI 2018)
JDT memulakan persaingan di pusingan kedua Piala FA pada 3 Mac 2018 dengan menundukkan pasukan Sabah FA 1-2 hasil jaringan minit akhir Gonzalo Cabrera pada minit ke-94 di Stadium Likas. Selepas itu JDT tidak menoleh kebelakang lagi untuk terus mara sebelum terpaksa menamatkan langkah setelah akur kepada pasukan Pahang FA di peringkat suku akhir pada 20 April 2018.
3. unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2018 (3 FEBRUARI - 29 JULAI 2018)
Liga Super musim 2018 merupakan liga paling kompetitif dalam sejarah bola sepak tanah air berikutan pada tahun ini, slot automatik Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi taruhan. JDT akhirnya berjaya meneruskan dominasi selaku pasukan terbaik tanah air setelah mempertahankan kejuaraan liga super buat musim kelima berturut-turut sejak 2014.
Kokurensi merebut takhta liga dinoktahkan awal iaitu ketika pertandingan unifi Liga Super Malaysia 2018 masih berbaki empat perlawanan. Stadium Perak, Ipoh telah menjadi saksi kejuaraan mutlak liga buat kali kelima dengan kemenangan 2-1 JDT ke atas Perak. Apabila unifi Liga Super Malaysia 2018 menutup tirai, JDT berjaya mendapat 59 mata, 23 mata jauh meninggalkan pesaing di tempat kedua.
4. unifi PIALA MALAYSIA 2018 (4 OGOS-27 OKTOBER 2018)
Kejohanan bola sepak Piala Malaysia edisi ke-92 telah membuka tirai saingan bermula 4 Ogos 2018. Sebanyak 16 pasukan telah layak beraksi terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan daripada Liga Premier. Setiap pasukan ini telah diundi untuk penentuan kumpulan dan JDT telah diundi berada di Kumpulan C.
JDT berjaya menjadi juara dalam kumpulan C dan layak ke peringkat suku akhir untuk bertemu Pahang dalam perlawanan timbal balik. JDT berjaya mara ke peringkat separuh akhir setelah menundukkan Pahang 3-1 secara agregat namun perjuangan JDT terhenti setelah akur 3-2 secara agregat kepada Terengganu di peringkat separuh akhir dalam perlawanan timbal balik.
Akhir kata, keseluruhan komponen dalam keluarga JDT telah melalui pelbagai cerita suka duka sepanjang musim 2018. Atas kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi telah menjadi elemen penting yang menjadi pendorong skuad Harimau Selatan meneruskan langkah demi langkah.
Motivasi dari DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi pemangkin utama membangkitkan swadaya kepada organisasi dan penyokong untuk terus mengonsolidasikan proposisi mengejar impian.
"Kejayaan JDT adalah kerana kami sentiasa memberi tumpuan kepada kemajuan, bergerak ke hadapan."- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan