Alistair Edwards Tegaskan Tindakan JDT Berunding Dan Cuba Mendapatkan Akhyar Adalah Betul Dan Mengikut Peraturan

Berita terkini berkenaan Akhyar Rashid, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Melalui entri terkini laman facebook JOHOR Southern Tigers, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Mr Alistair Edward merasa terkejut dengan respon media sosial KFA dan menafikan JDT telah melakukan kesalahan berkaitan cara mendapatkan pemain muda Akhyar Rashid.


"Kami terkejut melihat akaun media sosial milik Kedah FA yang cuba memanipulasi penyokong dengan menyebarkan maklumat kurang tepat berkenaan pengumuman Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bahawa Harimau Selatan sedang berunding dengan pemain ejen bebas, Akhyar Rashid.

Alistair Edward tetap menegaskan bahawa JDT tidak perlu untuk menghubungi Kedah FA kerana Akhyar adalah pemain ejen bebas selepas menamatkan kontrak beliau dengan Kedah.

"Pampasan yang perlu dibayar oleh JDT kepada Kedah jika Akhyar bersetuju menandatangani bersama JDT telah pun ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas rundingan yang dibuat berdasarkan undang-undang bola sepak." tambah Mr Alistair Edwards lagi.


Sebelum ini media sosial ada memuatnaik kenyataan berkaitan isu tersebut dan mahu pihak JDT datang berjumpa mereka.



"JDT akan menghormati keputusan ini dan akan membuat bayaran yang sepatutnya jika kami mencapai perjanjian dengan Akhyar." kata Alistair Edwards.


Seorang pegawai dari JDT, Mr Vijhay Vick,  turut menegaskan segala proses telah mengikut peraturan yang sedia ada. Dan ia adalah serupa dengan "Article 17 of FIFA Regulations".









View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

This was football regulations exercised by Akhyar Rashid when terminating his contract with @MEDIAKFA. Harap Maklum. It's similar to Article 17 of FIFA regulations.

21 people are talking about this

Ulasan