AKHYAR RASHID
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Biarpun Kedah masih enggan melepaskan Akhyar Rashid dan mahu mengheret kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), namun, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mengucapkan selamat datang kepada penyerang remaja itu.
Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, mengumumkan Akhyar sebagai pemain terbaharu ditandatangani skuad Harimau Selatan.
JDT memuatnaik video menunjukkan Akhyar memakai jersi pasukan itu bersama ucapan ‘Selamat Datang’.
Video tersebut memaparkan Akhyar atau lebih mesra disapa Mat Yat menyarung jersi JDT dan melawat bilik persalinan mereka.
Perkembangan terbaharu itu pasti tidak menggembirakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mahu membawa kes ke CAS selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan RM210,000 sebagai jumlah yang perlu dibayar Akhyar untuk menebus kontrak.
KFA menegaskan, Penyerang Terbaik Kebangsaan itu perlu melapor diri bersama skuad Lang Merah pada Selasa ini kerana kontraknya hanya akan tamat pada 31 November 2019.
Sementara itu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest melahirkan rasa gembira apabila berjaya mengikat Akhyar selama empat tahun dan menjelaskan pihaknya akan membayar KFA dengan jumlah pampasan sebanyak RM100,000.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berasa gembira telah menandatangani pemain berusia 19 tahun, Akhyar Rashid dengan kontrak selama empat tahun. JDT juga telah menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta ke atas kontrak Akhyar.
“Terdapat yuran pembangunan (development fee) sebanyak RM75,000 yang perlu dibayar kepada bekas kelab pemain tersebut, dan sebagai tanda hormat kepada pasukan Kedah yang telah membangunkan bakat Akhyar, JDT akan membayar Kedah RM100,000,” katanya menerusi kenyataan di JST.

Ulasan
Catat Ulasan