Adakah Gonzalo Cabrera Masih Kekal Berada Dalam Skuad JDT Musim Depan, 2019 ?

Selepas beraksi dengan cemerlang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selama dua musim (2017 dan 2018), adakah Gonzalo Cabrera, 29 tahun masih kekal bersama JDT musim hadapan ?

Ramai penyokong JDT tertanya-tanya  sama ada beliau masih kekal atau ditamatkan kontrak dengan JDT. Tiada lngsung sebarang berita dari pihak pengurusan Johor Southern Tigers berkaitan Cabrera.



Mungkin peminat Gonzalo Cabrera merasa lega apabila beliau ada mengeluarkan satu kenyataan dalam akaun instagram beliau terbahru, 2 jam yang lepas.

“Some memories of the holidays with my family. And now focus in the pre season.” said Gonzalo Cabrera.

“Beberapa memori bercuti bersama keluarga. Dan sekarang tumpuan kepada pra-musim (persiapan).”

Kebetulan esok adalah merupakan hari pertama pemain JDT berkumpul semula untuk latihan pra musim. Tidak pula disebut berlatih dengan JDT, tetapi kita boleh beranggapan dengan JDT. Foto cover beliau pun masih dengan jersi JDT.

Ini bermakna pemain import JDT sehingga kini adalah Aaron Niguez, Mauricio, Gonzalo Cabrera dan Hariss Harun. Belum termasuk seorang lagi pemain import baharu yang sedang dalam proses menandatangani kontrak bersama JDT. 

Jaringan gol Cabrera bersama JDT :

2017 - 19 gol (Kedua terbanyak)
2018 - 13 gol (Kedua terbanyak)
Jumlah = 32 gol


Ulasan