ACL2019 : Graziano Pelle, Antara Pemain Yang Mewakili Shandong Luneng Adalah Calon Melawan JDT

Graziano Pelle, yang mewakili pasukan Shandong Luneng Taishan FC telah menduduki tangga ke-3 Chinese Super League 2018 setelah mengharungi 30 perlawanan liga. Dan dalam perlawanan akhir Piala FA China, Shandong Luneng pula tewas dengan Beijing Guoan, maka Shandong Luneng diberi slot China 3.

Dengan kedudukan itu melayakkan mereka untuk bermain dalam ‘playoff 2’ Liga Juara-Juara AFC (ACL) pusingan ketiga dan akan diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) andai layak.


Menanti mereka di perlawanan kelayakan tersebut adalah pemenang pusingan kelayakan 2 samada Bangkok United (Thailand) ataupun Hanoi FC (Vietnam).

Shandong Luneng Taishan FC diperkuatkan dengan bekas penyerang Southampton United dan juga skuad kebangsaan Itali, Graziano Pelle, 33 tahun yang menyertai pasukan tersebut semenjak tahun 2016.

Selain daripada itu, beliau juga bergandingan bersama seorang penyerang dari Brazil, Dieogo Tardelli, 33 tahun yang telah menjaringkan sebanyak 17 gol dalam saingan Chinese Super League musim 2018.

Sebelum ini, sebuah pasukan daripada K-League, Gyeongnam FC telah mengesahkan sebagai salah satu lawan JDT dalam Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC musim 2019.

Mereka layak setelah disahkan menduduki tempat kedua dalam saingan K-League 2018.

Ulasan