- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sehingga kini hanya dua pasukan sahaja yang sudah mengesahkan tempat berada dalam Kumpulan E iaitu JDT dan Gyeongnam FC (Korea Selatan). 2 lagi pasukan akan hanya dapat disahkan pada 19 Februari 2019 selepas tamat perlawanan playoff 2 dan playoff 4.
Shandong Luneng FC (China) sudah mengesahkan tempat ke playoff 2 manakala satu lagi pasukan masih dan sedang berebut ke playoff itu yang datangnya dari kelab J-League Jepun (Jepun 4).
Sehingga petang ini pukul 2.00 petang, perlawanan terakhir J-League minggu ke 34 baru sahaja menyambung perlawanan di separuh masa kedua. Berikut adalah kedudukan carta dan keputusan separuh masa pertama :
Shandong Luneng FC (China) sudah mengesahkan tempat ke playoff 2 manakala satu lagi pasukan masih dan sedang berebut ke playoff itu yang datangnya dari kelab J-League Jepun (Jepun 4).
Sanfrecce Hiroshima berebut untuk slot Jepun 4 |
Keputusan semasa separuh masa pertama |
Kedudukan carta J-League separuh masa pertama |
Kelab Jepun ke-4 akan melayakkan diri ke playoff 4. Pemenang playoff 4 itu akan mara ke Kumpulan E bersama JDT dan Gyeongnam FC.
Susunan kelayakan kelab Jepun :
Jepun 1 - Juara J-League [Kawasaki Frontale] - Kump H
Jepun 2 - Juara Piala Maharaja - Kump G
Jepun 3 - Naib Juara / Ketiga J-League PO3 - Kump F
Jepun 4 - Ketiga / Keempat J-League - PO4 - Kumpa E
Jika mengikut kedudukan carta sekarang ini, ketiga J-League, Sanfrecce Hiroshima berada di tempat ke-3 dan akan ke playoff 4, namun perlawanan masih belum selesai lagi.
Oleh kerana Kashima Antlers turut termasuk 4 pasukan separuh akhir Piala Maharaja Jepun, sekiranya Kashima di antara 3 pasukan teratas J-League, maka slot Kashima akan digantikan dengan pasukan di bawahnya (sekiranya Kashima menjadi juara Piala Maharaja).
Penulis akan update setelah tamat perlawanan terakhir J-League nanti.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan