Sebagai pendukung bola sepak Malaysia, kita harus ucapkan tahniah dan berbangga kepada dua pasukan yang telah mendapat slot dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 terutama kepada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) yang melayakkan diri terus ke peringkat kumpulan ACL 2019. Kelayakan itu hasil daripada menjuarai Liga Super Malaysia 2018.
Manakala bagi pasukan Perak pula, tahniah kerana mewakili Malaysia walaupun sekadar ke pusingan kelayakan ACL 2019. Perak memperoleh slot tersebut setelah menjadi naib juara Liga Super 2018. Pada asalnya dan sepatutnya juara Piala FA 2018, Pahang diberi slot tersebut namun oleh kerana Pahang digantung penyertaannya, maka ia digantikan dengan naib juara Liga Super.
Tidak semudah itu untuk melayakkan diri sejauh itu di peringkat Asia. Selain dari kedudukan dalam Liga Malaysia, sesebuah pasukan itu juga turut wajib mempunyai dan lulus pelesenan kelab/pasukan terlebih dahulu.
Tahniah juga kepada pasukan dari Malaysia yang telah lulus memperoleh lesen AFC walaupun masih belum layak menyertai saingan ACL 2019.
Berikut adalah senarai pasukan dari Malaysia yang telah memohon dan status mereka untuk Liga Juara-Juara AFC 2019 menurut laporan dari AFC sendiri.

Bilangan permohonan : 11 pasukan
Bilangan Lesen Yang Diberi / Lulus : 8 pasukan
Pasukan Yang Diberi Lesen Kelab :
Terengganu FC
Perak
Johor Darul Ta'zim
Negeri Sembilan
Kedah
PKNS FC
Melaka United
Selangor
Senarai lengkap : www.the-afc.com
Ulasan
Catat Ulasan