Adakah juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, JDT sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Serie A ke Larkin untuk menghadapi saingan Liga Malaysia dan AFC Champions League pada musim hadapan.
Buat masa sekarang, perkhabaran ini hanyalah spekulasi membabitkan kelab bola sepak dari selatan tanah air itu.
Andrea Poli
Pemain tengah Serie A yang dimaksudkan ialah Andrea Poli yang kini beraksi untuk Bologna.
Melalui perkongsian di instagram story milik DYAM Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ), pemain itu kelihatan bersama dengan pemilik kelab JDT tersebut.
Gambar berkenaan dipercayai diambil di luar negara, dan individu yang menggayakan t-shirt putih sedang berbincang bersama TMJ dipercayai adalah Andrea Poli.
Menguatkan lagi spekulasi Andrea Poli bakal beraksi di Liga Malaysia ialah satu lagi muat naik TMJ bersama seorang individu – juga dipercayai adalah Andrea Poli dengan wajah disembunyikan.
Bersama-sama dengan gambar tersebut, satu kenyataan tertulis ‘bakal juara’, turut disertakan.
Bekas pemain kebangsaan Itali
Karier profesional Poli bermula bersama kelab Serie B – divisyen kedua Itali – bersama Treviso sebelum bakat beliau diintai oleh pasukan dari Serie A. Mulai menyertai Sampdoria pada 2007, Poli turut pernah beraksi untuk kedua-dua pasukan dari Milan sepanjang karier beliau.
Pada musim ini Poli telah beraksi di dalam sembilan perlawanan untuk Bologna di dalam pertandingan Serie A.
Pemain kelahiran Vittorio Veneto berusia 29 tahun itu juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Itali dalam perlawanan kelayakan Euro 2016, ketika menentang Perancis, dan mempunyai 4 caps bersama juara dunia empat kali itu.
Merupakan pemain tengah jenis box-to-box, Pilo turut disifatkan sebagai pemain tengah yang turut mempunyai kemahiran untuk bertahan.
Adakah Andrea Poli bakal menjadi pemain import terbaru yang bakal diumumkan oleh JDT? Saksikan video aksi Andrea Pilo melalui pautan video di bawah.
Ulasan
Catat Ulasan