TUNJUKKAN BELANGMU HARIMAU SELATAN!
Apabila saingan musim baharu bermula, sudah tentu cabaran lebih getir akan menunggu, apatah lagi apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal beraksi di pentas Liga Juara Juara AFC (ACL) untuk musim 2019.
Maka dengan itu, JDT pastinya akan bersedia lebih awal bagi penambahbaikan dari segi fizikal, tahap kecergasan dan juga membabitkan kekuatan mental.
1. MUSIM 2019 YANG PENUH MENCABAR
Objektif JDT tetap sama iaitu mencapai seberapa banyak kejayaan dan melakar sejarah. Untuk mencapai objektif tersebut, pengurusan telah mengenal pasti beberapa pemain baharu yang berkualiti untuk diserapkan ke skuad Harimau Selatan.
Tindakan ini adalah bertujuan memantapkan segenap posisi bagi mengekalkan konsistensi supaya kejuaraan Liga Super pada musim depan dapat dipertahankan, sekali gus layak beraksi secara automatik sekali lagi ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 2020.
Untuk makluman, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Malaysia bakal meraih satu slot automatik dan satu slot ke pusingan kelayakan ACL pada 2019 dan 2020 berdasarkan ranking kelab AFC yang dikeluarkan setelah menyaksikan Malaysia menduduki tangga keenam dalam Zon Timur.
Slot ACL adalah satu slot dambaan pasukan-pasukan yang lain di Malaysia dan mereka sudah pasti menunggu peluang untuk mencantas slot tersebut daripada JDT pada masa akan datang.
2. PERLAWANAN PERSAHABATAN MEDAN TERBAIK MENGUJI PEMAIN
Beberapa perlawanan persahabatan pra-musim telah diaturkan untuk menjadi medan terbaik buat skuad Harimau Selatan memperbaiki corak persembahan sebelum mereka beraksi dalam pusingan peringkat kumpulan ACL 2019.
Semangat keseluruhan barisan kejurulatihan dan para pemain JDT tentunya begitu berkobar-kobar dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemunculan kali pertama JDT dalam saingan kejuaraan kelab Asia ini mampu memberi impak.
3. PRINSIP PERJUANGAN
Kita tidak boleh sesekali mengubah arah angin, tetapi kita boleh mengubah mimpi menjadi kenyataan. Mimpi seperti bintang, realitinya tidak dapat disentuh tetapi jika mengikutinya, ia akan membawa kita ke tempat yang paling indah.
Mimpi boleh dicapai dengan hanya kewujudan keyakinan dalam sesuatu perjuangan. Oleh itu, lakukan sahaja apa yang harus kita lakukan kerana apabila tiba masanya, kita pasti dapat melakukan apa yang kita ingin lakukan. Demi Merah Biru Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan