Di dalam bola sepak nasib sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan. Apatah lagi untuk menjaringkan gol.
Dua gol Tchetche Kipre di perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang lalu juga sebenarnya lebih daripada bernasib baik.
Ianya bukan sekadar kerana kesilapan pertahanan Perak, tetapi lebih daripada itu, ia dihasilkan kerana ketajaman menghidu peluang yang menyebabkan Kipre terus mengasak, sebelum berjaya memperolehi peluang untuk menjaringkan gol.
Terengganu tewas perlawanan tersebut walaupun mendahului tiga kali sepanjang perlawanan yang diheret ke masa tambahan.
Namun tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan keberkesanan Tcheche Kipre di bahagian hadapan untuk skuad Penyu pada musim ini.
Walaupun beraksi secara konsisten sepanjang musim untuk Terengganu FC, Kipre setakat ini enggan mengesahkan sama ada beliau akan kekal bersama naib juara Piala Malaysia itu pada musim hadapan.
Kipre Tcheche meraikan gol kemenangan Terengganu FC. FOTO: TFC
Bercakap kepada wartawan Berita Harian semalam, Kipre dipetik sebagai berkata:
“Buat masa ini saya tidak mahu umumkan lagi pasukan mana yang akan diwakili musim depan, tunggu… mungkin seawal minggu depan saya akan maklumkan sama ada akan terus kekal bersama TFC atau sebaliknya,” kata Tchetche.
Kipre dikhabarkan sudah ditawarkan kontrak baharu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), namun masih memerlukan sedikit masa untuk menerimanya atau tidak.
JIka prestasi pada musim lalu menjadi ukuran, maka tidak hairanlah penyerang yang berasal dari Ivory Coast ini turut akan menarik perhatian persatuan lain untuk tandatangan beliau.
Menurut sumber dari Berita Harian, pemain itu menangguhkan menangguhkan persetujuan bersama skuad Penyu kerana isu berkaitan gaji.
Mengenai Kipre dan seorang lagi tongak import, Lee Tuck Ketua Jurulatih Irfan Bakti yang kini sedang bercuti di luar negara pula berkata:
“Lee Tuck masih ada baki kontrak setahun lagi bersama TFC musim depan tapi kedudukan terkini Tchetche saya tidak tahu,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan