SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SAFIQ RAHIM - DYAM TMJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melalui laman facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi mengucapkan selamat maju jaya kepada Safiq Rahim.

Terlerailah segala tanda tanya berkaitan dengan Safiq Rahim yang selama ini menjdi perbualan penyokong JDT. Dengan pengesahan itu, Safiq tidak lagi akan bersama JDT dan cita-cita beliau sebelum ini untuk beraksi buat pertama kali dalam saingan ACL 2019. 

Bagaimana pun masih belum ada kepastian lagi pasukan mana yang akan disertai okeh beliau untuk musim hadapan. Terdahulu sebelum ini Safiq pernah dikaitkan dengan pasukan PKNS FC, Selangor dan KL.




Dalam kenyataan yang sama, baginda membayangkan dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku sama ada Safiq Rahim akan kembali atau tidak suatu hari nanti. Baginda turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau.




“Safiq Rahim merupakan pemain yang paling berjaya sekali dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan telah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami. Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik.” kata DYAM TMJ

Ulasan