SELAMANYA MUAFAKAT ITU BERKAT JOHOR DARUL TA'ZIM!
Tujuh belas ribu lima ratus dua puluh sembilan kilometer kita berjauhan, tidak pernah seminit tanah Jauhar Tunku lupakan. Walaupun berbeza masa dan waktu dalam kitaran, rakyat Johor tidak sesekali DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor abaikan.
Tunku terlalu mengambil berat tentang rakyatnya, selepas mencelikkan mata dan menunaikan ibadah, rakyat Johor mesti menjadi agenda paling utama. Baginda pernah menegaskan bahawa Johor Darul Ta'zim sentiasa berada di hatinya, walaupun jauh dari pandangan mata, walaupun jauh di hujung dunia.
"Dua perkara yang sering Tunku fikirkan, pertama perkembangan Harimau Selatan, kedua kesejahteraan rakyat Johor dalam kehidupan seharian"
Tunku kini berada di Buenos Aires. Sebuah ibu kota bekas jajahan Sepanyol dalam sejarah telah tertulis. Kota besar di Argentina yang tidak pernah tidur. Tempat di mana "Johor-Ellerstina" akan bertempur.
" Pertama - Perkembangan Harimau Selatan "
Kandis alfajores pemanis mulut, nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berhenti disebut. Katakan apa sahaja yang telah berlaku, semua itu Tunku prihatin dan sentiasa tahu.
Setiap hari Tunku bertanya perkhabaran kepada pengurusan, bagaimana kelancaran perjalanan persiapan pasukan? Apa peratusan kemajuan perancangan? Adakah cukup segala yang telah diperuntukkan? Adakah sudah bersedia menghadapi musim hadapan? Segalanya sempurna dalam pengetahuan, tidak sesekali Tunku lepaskan tanggungan.
Tunku sentiasa menjadikan kemajuan sebagai tumpuan, kerana kemajuan, Harimau Selatan sentiasa maju bergerak ke hadapan. Namun Tunku ingatkan jangan sesekali takut akan perubahan, jika mahu sentiasa menjadi peneraju segala kejayaan.
Kemasukan beberapa pemain baru menambahkan kesempurnaan dalam keterampilan, maka langkah terus menampakkan keyakinan, segala usaha telah menampakkan seriusnya Harimau Selatan, untuk konsistensi pada musim hadapan.
" Kedua- Kesejahteraan rakyat Johor dalam kehidupan seharian"
Tunku telah mengorbankan segala masa dan waktu untuk memastikan empayar ini sentiasa utuh. Masa Tunku banyak dihabiskan untuk memikirkan bagaimana kelab ini gagah berdiri teguh. Tertubuhnya JDT, orang luar mula cemburu akan gemilangnya negeri Johor. Bilamana kelab ini menjadi agen perpaduan dan jambatan muafakat yang dulunya masih kabur.
Johor Darul Ta’zim. Atas nilai persaudaraan yang di utama, Tunku cipta perpaduan tidak mengira bangsa. Gagah Harimau Selatan kerana jujurnya nilai persahabatan. Melayu, Cina dan India berdiri bersama tanpa ada sebarang sempadan.
"Saya dilahirkan untuk menjaga Negeri Johor. Negeri Johor adalah tanggungjawab saya"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Tunku tahu apa yang kini hebat diperkatakan, juga segala apa yang menjadi bunga-bunga retak hubungan. Dari kejauhan Tunku mengingatkan, jangan terlalu terpedaya dengan segala hasutan. Kerana ini akan melemahkan kekuatan perpaduan.
Dahulu Tunku juga pernah bertitah, bahawa kita harus sentiasa sedar bahawa kita dikelilingi oleh orang-orang yang ingin melihat kita berpecah belah. Mencari ruang untuk menyebar segala propaganda dan juga tohmahan. Maka berusahalah mereka memanipulasi apa-apa sahaja sedaya upaya. Hanya dengan sifat percaya sesama kita dapat menangkis segala helah dan tipu daya.
Muafakat. Itu adalah kosa untuk kita terikat. Satu ikatan yang sentiasa kita angkat. Sejak sekian lama muafakat kita menjadi berkat. Jangan abaikan walaupun sesaat.
Akhir kalam, Tunku destinasi jadi referensi, waktu lemah fondasi juga tribulasi, bagai indah bimasakti dihiasi planet "Nebula Bipolar", manifestasi Tunku dan Bangsa Jauhar sentiasa kolateral, tidak terkurung dalam kuadratus, selamanya terjamin seratus peratus.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan