Saya Bukan Seorang 'Superstar' - Safawi Rasid

Safawi Rasid, pemain yang baru sahaja dianugerahkan sebagai pemain paling bernilai, pemain tengah terbaik dan pemain muda harapan musim ini semasa Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK 2018) bertekad untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan terutamanya di kejuaraan Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung sekarang ini. 

Menurut sumber dari akhbar New Straits Time , Safawi menyatakan beliau tidak mengganggap diri beliau sebagai ‘superstar’ dalam skuad kebangsaan. 

“Saya masih Safawi lama yang sama. Saya masih bermain dengan cara yang sama,” 

Foto : AFP
“Bola sepak adalah permainan berpasukan. Tiada pemain yang boleh menguasai dan memenangi perlawanan tanpa sokongan rakan sepasukannya.” 

“Di luar padang, seseorang pemain perlukan keluarga, rakan-rakan dan jurulatih untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka. Tiada sebarang perubahan pada diri saya sejak menerima tiga anugerah tersebut. 

Walaupun Safawi tidak mejaringkan gol malam itu namun beliau turut menyumbang penglibatannya ke 10 dengan skuad kebangsaan dengan kemenangan 1-0 ke atas Kemboja. 

Safawi akui pasukan Malaysia tidak mempamerkan permainan terbaik mereka. 

“Kami membuat banyak kesilapan kecil. Kami menghadapi kesukaran membuat hantaran-hantaran pendek walaupun kami kerap berlatih namun semuanya tidak dapat mengikut seperti apa yang kita rancang.” 

Safawi mengharapkan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan yang akan datang menentang Laos di Stadium Bukit Jalil. 

Artikel penuh di : New Straits Time

Ulasan