Pemegian Safiq Rahim, bekas kapten dan lagenda JDT masih hangan dan menjadi bualan peminat bola sepak negara. Melalui kenyataan beliau dalam akaun instagram peribadinya, Safiq membuat pengakuan tiada siapa yang mempengaruhi pemergian beliau dan tiada kena mengena dengan sesiapa.
“Ia adalah keputusan bersama demi kepentingan kelab dan saya sendiri. Jangan sesuka hati buat spekulasi.” kata Safiq.
[Baca juga : Ini Rupanya Apa Yang Telah Safiq Rahim Lakukan Selama Berada Di JDT ]
Safiq Rahim sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan termasuk kelab Buriram dari Thailand. Namun pihak tersebut menafikan ada sebarang perbincangan. Sehingga kini Safiq masih berdiam diri berkaitan pasukan baharu beliau.
Sehingga ini posting beliau itu mendapat sebanyak 16,000 likes.Safiq Rahim sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan termasuk kelab Buriram dari Thailand. Namun pihak tersebut menafikan ada sebarang perbincangan. Sehingga kini Safiq masih berdiam diri berkaitan pasukan baharu beliau.
Saya ingin tegaskan disini, tiada apa-apa atau sesiapa yang mempengaruhi pemergian saya dari JDT. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ia adalah keputusan bersama demi kepentingan kelab dan saya sendiri. Jangan ada pihak yang sesuka hati membuat spekulasi sendiri hingga memburukkan keadaan antara dua pihak. .
Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali. Saya mengucapkan terima kasih kepada kelab terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang mempercayai saya selama ini banyak membantu saya dan keluarga saya.
6 tahun mungkin tak cukup untuk saya balas budi baik Tunku dan JDT. Ia adalah satu penghargaan terbesar dapat bersama dalam keluarga JDT dan mengecapi kejuaraan bersama. Terima kasih semua termasuk penyokong Merah Biru.
Ulasan
Catat Ulasan