SAFIQ RAHIM AKAN BERMAIN DI LIGA LUAR NEGARA ?

Baharu sahaja diumumkan Safiq Rahim akan keluar berhijrah dari JDT, namun sudah ada cerita ke mana Safiq akan pergi bermain selepas ini sehinggakan ada khabar angin beliau akan bermain di Liga Thailand.


Melalui respon dari Johor Southern Tigers sendiri tidak menolak kemungkinan Safiq akan bermain di luar negara.


Khabar angin juga turut memuatkan berita tentang rundingan yang sedang dibuat antara sebuah pasukan dari Liga Thailand, Buriram United dan Safiq Rahim





View image on TwitterView image on Twitter

Safiq Rahim dikhabarkan bakal menjadi pemain yg terbaru bakal sertai Liga Thailand apabila pasukan gergasi Thailand yg juga beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia, Buriram United dilaporkan sedang berunding dgn JDT untuk membawa Safiq ke Chang Arena di Buriram,Thailand.

Jika benar Safiq bermain untuk Buriram United, makan akan tercapai impian beliau untuk bermain dalam Liga Juara-Juara AFC tercapai sepertimana yang beliau pernah umumkan sebelum ini.

Namun kita tunggu dan lihat kerana semua itu hanya khabar angin sahaja dan belum terbukti lagi.

Selain itu, penulis sukan Paul Murphy yang berpengkalan di Thailand juga mengaitkan Safiq Rahim dengan Liga Thailand.

Ulasan