Dua pemain muda sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid serta pemain Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat bersaing untuk kategori Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18), Isnin ini.
Muhammad Akhyar, 19, yang beraksi bersama Kedah dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid, berusia 21 tahun itu, akan mencabar pemain Kelantan berusia 19 tahun untuk anugerah berkenaan.
Muhammad Safawi turut tersenarai bagi kategori Pemain Tengah Terbaik bersama Nik Akif Syahiran dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).
Berikut adalah data pemain JDT yang lain yang tersenarai dicalonkan dalam anugerah tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan