Road to ACL 2019 Kawasaki Frontale menjadi pasukan ke-8 layak ke ACL 2018 bersama JDT dan 6 pasukan lain
Perkembangan terkini Liga Juara-Juara AFC 2019, menyaksikan Kawasaki Frontale (J-League) melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC 2019 peringkat kumpulan.
Kawasaki baru sahaja dinobatkan sebagai Juara J-League 2018 selepas berakhir perlawanan minggu ke 32 mereka hari ini. Walaupun Kawasaki tewas kepada 1-2 kepada Cerezo Osaka, namun pencabar terdekat mereka juga tewas. Sanfrecce Hiroshima tewas di tangan Vegalta 0-1. Kekalahan tersebut membuatkan Sanfrecce Hiroshima sudah tidak lagi dapat mencabar 63 mata yang diperolehi oleh Kawasaki Frontale.
Ini merupakan tahun ketujuh penglibatan Kawasaki Frontale ke saingan Liga Juara-Juara AFC.
Masih ada 4 slot lagi kekosongan bagi mencukupkan sejumlah 12 pasukan ke peringkat kumpulan secara automatik. Baki 4 lagi akan ditentukan dari perlawanan play-off nanti. Baki 4 slot automatik adalah dari Juara FA Korea, Kedua Liga Korea, Juara FA China dan Juara Piala Maharaja Jepun. Namun akan ada pengganti sekiranya mereka sudah layak sebelum ini.
Johor DT buat pertama kali dalam sejarah kelab dari Malaysia yang berjaya secara automatik ke peringkat kumpulan ACL 2019. JDT akan ditempatkan dalam sama ada Kumpulan E atau G. Yang sudah pasti JDT akan berada sama kumpulan dengan sama ada Jeonbuk Hyundai (Juara Liga Korea) atau Shanghai SIPG (Juara Liga China) atau Kawasaki Frontale (Juara Liga Jepun JL)
Saingan ACL 2019 peringkat kumpulan dijangka akan bermula pada 04-06 Mac dan berakhir dengan perlawanan keenam pada 20-22 Mei 2019.
Kawasaki baru sahaja dinobatkan sebagai Juara J-League 2018 selepas berakhir perlawanan minggu ke 32 mereka hari ini. Walaupun Kawasaki tewas kepada 1-2 kepada Cerezo Osaka, namun pencabar terdekat mereka juga tewas. Sanfrecce Hiroshima tewas di tangan Vegalta 0-1. Kekalahan tersebut membuatkan Sanfrecce Hiroshima sudah tidak lagi dapat mencabar 63 mata yang diperolehi oleh Kawasaki Frontale.
Ini merupakan tahun ketujuh penglibatan Kawasaki Frontale ke saingan Liga Juara-Juara AFC.
Kawasaki Frontale Juara J-League 2017 dan 2018 |
Johor DT buat pertama kali dalam sejarah kelab dari Malaysia yang berjaya secara automatik ke peringkat kumpulan ACL 2019. JDT akan ditempatkan dalam sama ada Kumpulan E atau G. Yang sudah pasti JDT akan berada sama kumpulan dengan sama ada Jeonbuk Hyundai (Juara Liga Korea) atau Shanghai SIPG (Juara Liga China) atau Kawasaki Frontale (Juara Liga Jepun JL)
Mengikut format yang diamalkan sebelum ini, Kawasaki Frontale akan berada dalam Kumpulan G. Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berkemungkinan besar akan berada sama kumpulan dengan Kawasaki Frontale. Namun ia akan bergantung kepada undian sama ada juara kelab dari Korea atau China yang akan berada dalam Kumpulan E nanti.
ACL 2019 - Simulasi 1 |
Bergantung kepada undian tersebut, sama ada JDT atau Buriram United akan berada dalam Kumpulan G tersebut.
ACL 2019 - Simulasi 2 |
Penyokong JDT akan berpeluang menyaksikan kelab besar tersebut beraksi di Stadium Larkin disamping JDT berpeluang menimba penglaman berharga bersaing dengan mereka. Siapa sangka nanti JDT mampu membuat kejutan seperti yang yang dilakukan oleh Buriram pada musim ini.
Saingan ACL 2019 peringkat kumpulan dijangka akan bermula pada 04-06 Mac dan berakhir dengan perlawanan keenam pada 20-22 Mei 2019.
Pasukan yang sudah melayakkan diri ke ACL 2019 peringkat kumpulan :
Sydney FC
Melbourne Victory
Johor DT
Buriram United
Jeonbuk Hyundai
Shanghai SIPG
Guangzhou Evergrande
Kawasaki Frontale
** Menariknya tentang Kawasaki Frontale dan Johor DT adalah kedua-dua pasukan ini pernah dikunjungi oleh Borussia Dortmund pada bulan Julai 2015 dan telah membuat perlawanan persahabatan.
07.07.2015 - Kawasaki Frontale (0) - (6) Borussia Dortmund
09.07.2015 - Johor DT (1) - (6) Borussia Dortmund
Gol JDT dijaringkan oleh Gary Steven Robbart.
Ulasan
Catat Ulasan