Road to ACL 2019 : Gyeongnam Mengesahkan Tempat Bersama JDT Dalam Kumpulan E

Gyeongnam FC, kelab dari Korea Selatan menjadi pasukan ke-9 melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL 2019) hari ini setelah mengalahkan Suwon Bluewings 2-1 sebentar tadi. Dengan keputusan itu Gyeongnam menduduki tangga kedua Liga Korea Selatan (Naib Juara Liga). Jeonbuk FC terlebih dahulu melayakkan diri dan berada dalam Kumpulan G (G3).

Saingan Gyeongnam, Ulsan Hyundai pula tewas dengan Jeju United 0-1. Gyeongnam FC berjaya mengumpul 64 mata dan tidak lagi dapat dikejar oleh Ulsan Hyundai yang memperoleh 60 mata walaupun masih ada berbaki satu lagi perlawanan.


Gyeongnam dengan itu memperoleh slot ke-3 Korea Selatan dan akan berada dalam Kumpulan E E1), sama kumpulan dengan JDT (E2).


Slot ke-3 Korea Selatan akan diisi oleh naib juara Liga Korea Selatan (Gyeongnam FC) dan

Korea Selatan 1 (Juara Liga) - Jeonbuk Hyundai
Korea Selatan 2 (Juara Piala FA) - Ulsan Hyundai atau Daegu)
Korea Selatan 3 (Kedua Liga) - Gyeongnam FC
Korea Selatan 4 (Ketiga Liga) - Ulsan Hyundai (sekiranya tewas Final Piala FA)

** Namun sekiranya Ulsan Hyundai menjadi juara Piala FA, Ulsan akan mendapat slor ke-2 Korea Selatan dan slot ke 4 akan diisi oleh keempat atau kelima Liga.

Kumpulan E :

Gyeongnam FC
Johor DT
Pemenang PO 4
Pemenang PO 2

Dengan kedudukan dan slot yang telah terisi itu, penyokong JDT sudah boleh bersiap sedia menunggu kedatangan Gyeongnam FC di Stadium Larkin pada 12 Mac 2019 (MD2) nanti. Sebelum itu JDT akan melawan pemenang playoff 4 (berkemungkinan kelab Jepun) pada 05 Mac di tempat lawan.


** Bagi playoff 2 pula, Shandong Luneng atau Beijing Guoan akan menunggu dan dijangka tiada masalah untuk mara ke peringkat kumpulan (Kumpulan E). Ia akan ditentukan selepas final Piala FA China antara kedua-dua pasukan tersebut.

Video kejayaan Gyeongnam FC ke ACL 2019 :

Ulasan