Road To ACL 2019 : Apa Yang Menariknya Dalam Kumpulan E

Selesai pengundian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019, Johor Darul Ta'zim (JDT)  diundi dalam Kumpulan E. Slot JDT itu adalah slot untuk sama ada JDT atau Buriram United. Nampaknya slot tersebut memihak kepada JDT dan Buriram diundi di Kumpulan G.


Bersama-sama JDT dalam Kumpulan E adalah wakil kelab ketiga Korea Selatan, Pemenang Playoff 4 dan Pemenang Playoff 2. Ada beberapa perkara yang menarik dalam kumpulan itu jika dilihat dalam keadaan sekarang ini. Antaranya adalah :

1. Hanya JDT sahaja yang sudah 'confirm' berada dalam kumpulan ini. Pasukan lain sama ada dari kelab ketiga Korea Selatan atau pemenang playoff 4 dan 2, masih belum diketahui pasukan mana. Bagi kelab dari Korea Selatan itu belum dapat dipastikan sebab liga mereka masih belum selesai lagi dan masih ada berbaki 2 perlawanan lagi termasuk perlawanan hari ini, 25 November 2018.

Playoff 2 dan 4 pula akan hanya diketahui pemenangnya pada 19 Februari 2019. Pusingan kelayakan akan bermula pada 05 Februari 2019. Tarikh itu merupakan tarikh penentuan dan penetapan terakhir melengkapkan semua pasukan-pasukan dalam setiap kumpulan terutama bagi Zon Timur Asia (E hingga H).

2. Jika dibandingkan dengan 4 kumpulan dari Zon Timur Asia, Kumpulan E mempunyai bilangan terbanyak pasukan dari pemenang playoff (playoff 2 dan 4).
Kump E - Pemenang Playoff 2 dan 4
Kump F - Pemenang Playoff 3
Kump H - Pemenang Playoff 1

3. Dalam Kumpulan E, hanya JDT sahaja yang kedudukan wakil kelab negara paling atas. Maknanya ranking kelab dalam susunan penyertaan sesebuah negara wakil. 

JDT - Malaysia 1
Korea Selatan 3
Playoff 4 - (China 4)
Playoff 2 - (Jepun 4)

Namun ini hanya kedudukan dalam negara masing-masing dan ia tidak bermakna JDT lebih kuat atau hebat dari kelab Korea Selatan, China atau Jepun yang dalam susunan bawah. 

Dari senarai dan susunan kelab-kelab itu, JDT lebih bernasib baik berada dalam kumpulan ini kerana 3 pasukan lain bukan terdiri dari juara liga masing-masing atau bukan terdiri dari juara Piala FA mereka. Tidak seperti Buriram United jika dibuat perbandingan.

Buriram United dalam Kumpulan G pula agak lebih sukar berbanding JDT kerana pasukan lain dalam kumpulan mereka terdiri daripada kelab juara Piala FA (Emperors Cup) Jepun, juara Piala FA China dan juara liga Korea Selatan (Jeonbuk Hyundai). 

4. Dalam semua pasukan Kumpulan E, hanya JDT sahaja yang merupakan juara liga. Tiada pasukan lain yang dari Juara Liga atau juara Piala FA negara masing-masing.

5. Kelab yang sudah pasti tidak akan berada dalam kumpulan yang sama dengan JDT adalah Jeonbuk Hyundai Motors, Shanghai SIPG, Guangzhou Evergrande, Kawasaki Frontale, kelab Australia dan Thailand. Bermakna tiada nama-nama besar pemain import dari Shanghai SIPG seperti Hulk, Elkeson dan Oscar yang akan bertandang ke Stadium Larkin nanti. 


Berikut adalah jangkaan jadual jadual perlawanan bagi Kumpulan E :

Ulasan