Langkau ke kandungan utama

Ranking JDT Memberi Motivasi Kepada TMJ Untuk Menetapkan Rekod-Rekod Baharu

Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga kini selepas pengiraan mata, menduduki ranking ke 23 kelab-kelab Asia dan juga berada si kedudukan nombor 1 di kalangan negara Asia Tenggara.

Kedudukan itu memberikan motivasi kepada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semua di JDT untuk menetapkan sasaran-sasaran baharu serta sentiasa mencipta rekod-rekod baharu.

Grafik : JOHOR Southern Tigers

“Kami tidak akan hanya duduk berpuas hati, berehat dan berasa selesa. Saya dan 'pasukan' saya akan bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat-matlamat baharu dan menetapkan rekod-rekod baharu.”

Baginda turut berkata JDT tidak akan hanya berbangga dengan kejayaan itu sahaja malah JDT mahu lebih banyak lagi kejayaan dan menetapkan tanda aras yang baharu.

Artikel penuh : JOHOR Southern Tigers

Ulasan