Piala AFC : Rekod Cemerlang JDT Sepanjang 4 Tahun

Piala AFC : Rekod Cemerlang JDT Sepanjang 4 Tahun

Johor Darul Ta'zim bukan sahaja bakal mencipta sejarah bersaing buat pertama kali dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL 2019), malah rekod juga telah dicipta dalam satu lagi saingan peringkat Asia iaitu Piala AFC.

JDT Juara Piala AFC 2015

Beberapa rekod dan sejarah telah dicipta oleh JDT dalam saingan Piala AFC. JDT buat pertama kalinya bersaing dalam Piala AFC bermula pada tahun 2015. Perlawanan pertama mereka adalah menentang East Bengal di Stadium Larkin pada 24 Februari 2015. Perlawanan sulong itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan dengan kemenangan 4-1. Sejak dari itu JDT tidak menoleh lagi ke belakang dan terus maju sepanjang saingan tersebut sehingga pada tahun itu juga berjaya ke perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai Piala AFC 2015.

Itu adalah sejarah dalam Piala AFC. Apakah ada juga sejarah JDT dalam saingan ACL 2019 nanti atau pada tahun-tahun mendatang ?

Antara rekod lain adalah JDT memenangi 24 perlawanan seri 5 dan tewas 7 kali daripada 36 perlawanan keseluruhannya sepanjang 4 tahun dalam Piala AFC.

Untuk tahun hadapan, 2019, JDT tidak lagi bersaing dalam kejuaraan Piala AFC kerana sudah bersaing dalam ACL 2019. JDT akan bermain sekurang-kurangnya 6 perlawanan di 'home' dan 'away' di peringkat kumpulan. 2 pasukan setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16.

Ulasan