Langkau ke kandungan utama

PERLAWANAN AMAL MENGHARGAI SAFIQ RAHIM DAN MARCOS ANTONIO ?

JDT mempunyai perancangan mengadakan perlawanan amal sempena mengenang jasa Safiq Rahim dan Marcos Antonio yang begitu lama bersama JDT sejak 2013 dan 2014. Perancangan tersebut telah dijawab hasil daripada permintaan seorang penyokong JDT sebagai menghargai sumbangan kedua-dua pemain dalam kegemilangan JDT.



Kenyataan itu dibuat oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor melalui laman twitter baginda.
Namun perancangan itu perlu mengambil kira dan menghormati jadual Piala AFF Suzuki dan juga waktu pemain-pemain yang sedang dalam bercuti rehat akhir musim sekarang ini.


Ia juga bergantung kepada perancangan pra musim oleh Pengrus JDT, Luciano Figueroa serta pihak pengurusan JDT. Bagaimanapun perlawanan seumpama itu sememangnya dalam peranacngan JDT.




As salam Tunku @HRHJohorII

Pray for you and family in good health. Would like to request for a testimonial match for JDT former captain, Safiq Rahim and vice capt, Marcos Antonio. I believe this match can boost further sense of belonging among fans.

Allah Peliharakan Sultan
Wasalam. Yes, there are plans for a testimonial, charity match or such but we have to respect the Piala AFF schedule and also the break the players are having. It is also subject to the preseason plans by manager Figueroa and the management, but the match is part of our plans.

Kedua-dua pemain tersebut, Safiq Rahim dan Marcos Antonio menjadi antara tulang belakang kejayaan JDT yang sehingga kini telah mengumpul sebanyak 11 trofi. Mereka berdua merupakan 'sentimental value' bagi penyokong JDT dan sudah begitu sinonim dan sentiasa menjadi sebutan.

Sesetengan penyokong sedih mendengar pemergian mereka namun itulah bola sepak. Mereka datang dan pergi, lebih-lebih lagi bagi sesebuah pasukan yang begitu profesional seperti JDT.

Ulasan