PENTING ! - TARIKH PERLAWANAN JDT DALAM LIGA JUARA-JUARA 2019 (ACL)

Tahun 2019 merupakan satu lagi tahun bersejarah buat Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila buat pertama kalinya layak dan akan bersaing dalam ACL 2019 peringkat kumpulan bersama 15 lagi pasukan yang lain bagi Zon Asia Timur.

16 pasukan Zon Asia Timur akan dibahagikan kepada 4 kumpulan (E, F, G dan H). Setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan akan bermain timbal balik home dan away sebanyak 6 perlawanan.

 

Penyokong-penyokong JDT sudah tentu teruja menunggu tarikh-tarikh perlawanan tersebut. JDT, sebagai pendatang baharu dalam saingan tersebut sudah tentu turut ingin membuktikan kehadiran mereka bukan sekadar mengisi slot sahaja malah akan memberi cabaran yang sehabis mungkin terhadap pasukan dalam kumpulan itu nanti.

JDT dijangka akan berada dalam kumpulan E atau G bergantung kepada undian nanti yang dijadualkan pada 23 November ini di pejabat AFC di Kuala Lumpur.

Undian Peringkat Kumpulan : 23 November 2018
Perlawanan Pertama : 4, 5 atau 6 Mac 2019
Perlawanan Kedua : 11, 12 atau 13 Mac 2019
Perlawanan Ketiga : 8, 9 atau 10 April 2019
Perlawanan Keempat : 22, 23 atau 24 April 2019
Perlawanan Kelima : 6, 7 atau 8 Mei 2019
Perlawanan Keenam : 20, 21 atau 22 Mei 2019

Penyokong JDT sudah diketahui umum, sentiasa akan bersama memberi sokongan padu tidak kira sama ada perlawanan home atau away dan tidak mengira apa juag kejuaraan dalam atau luar negara. Ini telah dibuktikan dalam perlawanan seperti dalam playoff ACL2017, akhir Piala AFC 2015 dan lain-lain lagi.

Oleh itu tarikh ini boleh dijadikan sebagai panduan dan persiapan sekiranya penyokong JDT ingin ke perlawanan away mahu pun home.

Sumber :





Jadual AFC 2019 - 1



Jadual AFC 2019 - 2

Ulasan