Sehingga ke hari ini 9 pasukan sudah sah mendapat tempat dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL 2019.
Baki 3 lagi secara direct akan dapat diketahui selewatnya minggu pertama bulan Disember. Ketika itu berlangsung perlawanan terakhir Piala FA Korea Selatan, Piala FA China dan Piala Maharaja Jepun.
Manakala 4 pasukan lagi menyusul melalui 4 perlawanan playoff pada 19 Februari nanti menjadikan keseluruhannya 16 pasukan dari Timur Asia.
Pasukan terkini yang mendapat slot ACL 2018 itu adalah Gyeongnam FC iaitu melalui kelab Korea Selatan ketiga. Gyeongnam FC mengesahkan tempat bersama JDT dalam Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC 2019 yang akan bermula pada 05 Mac 2019.
Pemain, jurulatih dan pegawai Gyeongnam FC meraikan kejayaan melayakkan diri ke ACL 2019 |
Geongnam FC dan JDT FC merupakan satu-satunya pasukan yang akan membuat penampilan pertama dalam peringkat kumpulan ACL. Mereka sama-sama tidak mempunyai pengalaman dalam saingan dalam kejuaraan tertinggi bolasepak Asia.
JDT sebelum ini sudah 4 tahun berturut-turut (2015-2018) menyertai ACL tetapi hanya di peringkat kelayakan sahaja. Paling jauh JDT adalah mara ke peringkat playoff menentang Gamba Osaka pada tahun 2017.
JDT, juara Liga Super 2018 |
Bagi penulis, JDT bernasib baik berada di dalam Kumpulan E kerana dalam kumpulan ini tiada pasukan dari juara liga negara masing-masing. Tiada juga di kalangan juara FA Cup. Hanya JDT sahaja yang merupakan juara liga (Liga Super Malaysia). Namun itu hanya dari segi kedudukan pasukan itu dalam negara peserta.
Walaupun mereka hanya di kalangan kelab ke 3 atau ke 4, tahap mereka berbeza dan jauh lagi baik dari Malaysia. Apa pun, dalam saingan seperti ACL ini, masing-masing akan sedaya upaya mempamerkan prestasi terbaik dan membuat kejutan.
Bagi JDT, status ‘underdog’ atau bukan pasukan pilihan sudah tentu akan bersaing tanpa sebarang tekanan. Namun berada dalam kumpulan yang kami anggap paling kurang kuat ini, JDT boleh membuat satu kejutan.
Kumpulan E :
1. Gyeongnam FC - Korea Selatan 3
2. JDT FC - Malaysia 1
3. Winner PO4 - Jepun 4
4. Winner PO2 - China 4
Jadual perlawanan dua pasukan tersebut :
12/03/2019 (Selasa) : JDT vs Gyeongnam FC
22/05/2019 (Rabu) : Gyeongnam FC vs JDT
22/05/2019 (Rabu) : Gyeongnam FC vs JDT
Ulasan
Catat Ulasan