Langkau ke kandungan utama

Pasukan Yang Bakal Mengiringi JDT Dan Gyeongnam FC Ke Kumpulan E ACL 2019

Dua pasukan telah diketahui berada dalam Kumpulan E Liga Juara-Juara 2019 (ACL 2019). Dua pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan yang terkini Gyeongnam FC dari Korea Selatan. Gyeongnam Berjaya ke Kumpulan E setelah menduduki tangga kedua Liga 1 Korea Selatan. Mengikut format, Naib Juara Liga 1 itu di kedudukan Kelab Korea Selatan ke-3.

Dua lagi pasukan yang akan berada dalam Kumpulan E adalah pemenang playoff 2 dan pemenang playoff 4.

Menunggu dalam playoff 2 adalah kelab ke-4 dari China dan playoff 4 pula dari kelab ke-4 Jepun. Kebiasaannya, pasukan yang menunggu di playoff merupakan pilihan (favourite) untuk mara ke peringkat kumpulan. Kecuali pada ACL tahun 2017, pasukan pilihan di playoff 4, Shanghai Shenhua (China) tewas mengejut di tangan Brisbane Roars (Australia). Namun bagi playoff 2, China 4 berkemungkinan tiada masalah untuk mengatasi sama ada Bangkok United (Thailand) atau Ha Noi (Vietnam).

Pasukan dari China yang manakah yang akan menjadi pilihan ke playoff 2 dan seterusnya nanti akan ke Kumpulan E ?

Pasukan ke-4 China akan berada di playoff 2. Sehingga hari ini masih belum dapat ditentukan lagi sehinggalah pada Jumaat, 30 November ini nanti.  

Kedudukan Liga Super China 2018 :

Juara - Shanghai SIPG (China 1)
Naib Juara - Guangzhou evergrande (China 3)
Ketiga - Shandong Luneng (China 4)
Keempat - Beijing Guon

Kedudukan Rangking Kelab China Ke ACL :

China 1 – Juara Liga
China 2 – Juara Piala FA
China 3 – Naib Juara / Ketiga Liga
China 4 – Ketiga / Keempat Liga

Pada 30 November 2018, akan berlangsung perlawanan akhir kedua Piala FA China 2018 antara Beijing Guoan dan Shandong Luneng. Dalam perlawanan akhir pertama, kedua-dua pasukan seri 1-1. Ada dua kemungkinan yang boleh mempengaruhi kedudukan slot ke ACL 2018.

Shandong Luneng, ketiga Liga Super China
Simulasi 1 :  Sekiranya Beijing Guoan juara Piala FA, maka Beijing Guoan akan menggunakan slot China 2 dan Shandong Luneng kekal mengisi slot China 4.

Simulasi 2 :  Sekiranya Shandong Luneng Berjaya merangkul kejuaraan Piala FA China, maka Shandong akan diberi slot China 2 dan akan ditempatkan ke Kumpulan G. Manakala Beijing Guoan pula diberi slot China 4 mengambil alih kedudukan ketiga liga.


Beijing Guoan, keempat Liga Super China
Ini bermakna untuk slot China 4 ada dua pasukan iaitu sama ada Beijing Guoan atau Shandong Luneng. Namun pasukan China 4 ini terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan playoff pada 19 Februari sebelum mara ke Kumpulan E bersama JDT dan Gyeongnam FC.

Satu lagi ialah playoff 4 di mana pasukan Jepun 4 dijangka tiada masalah untuk melepasi playoff 4 itu dan seterusnya mara ke kumpulan E. Kelab Jepun 4 itu akan hanya dapat ditentukan selewat-lewatnya pada 9 Disember ini. Ia adalah perebutan antara Sanfreece Hiroshima, Kashima Antlers atau Consadole Sapporo. Bagaimana pun wakil Jepun 4 itu juga tiada masalah untuk mara ke peringkat kumpulan kerana akan menunggu pasukan sama ada Home United, Indonesia 1 atau Newcastle Jets.

Ulasan