OSCAR, ELKESON DAN HULK MUNGKIN AKAN BERAKSI DI STADIUM LARKIN TAHUN DEPAN

Dua nama besar ini memberi peranan yang besar membawa Shanghai SIPG menjuarai Liga Super China musim ini dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019.

Sekiranya mekanisme pengundian tidak berubah, Shanghai akan diundi sama ada duduk dalam Kumpulan E atau F. Sekiranya diundi kumpulan E, maka ada kemungkinan sama kumpulan dengan Johor DT. 


Johor DT yang sudah layak kerana menjuarai Liga Super Malaysia berkemungkinan diletak sama ada dalam Kumpulan E atau G. Bersikih ganti dengan Buriram Utd (Thailand).

Sekiranya menjadi kenyataan, Hulk, Elkeson dan Oscar akan buat pertama kalinya dalam sejarah beraksi di bumi Johor. Penyokong JDT sudah tentu bertuah menerima kehadiran mereka di Syadium Larkin pada bulan Mac nanti.

Shanghai SIPG menamatkan dominasi dan rekod Guangzhou Evergrande menjuarai Liga Super China 7 tahun berturut-turut. 

JDT akan mengikut jejak Guangzhou menjuarai Liga Super Malaysia ? JDT sudah 5 tahun berturut-turut dan mengikut pengamatan pengamal sukan negara, JDT akn terus mendominasi buat beberapa tahun akan datang lagi.


** Sekiranya kontrak mereka masih bersama Shanghai SIPG.
** Oscar (27) dan Hulk (32) menyumbang 25 gol Shanghai SIPG dalam Ligs Super.

Ulasan