N-I-K-E : NILAI, IMPLEMENTASI, KUALITATIF DAN ELEMEN BUAT JOHOR DARUL TA'ZIM

N-I-K-E : NILAI, IMPLEMENTASI, KUALITATIF DAN ELEMEN BUAT JOHOR DARUL TA'ZIM
NIKE adalah ikonik bagi jenama kasut, pakaian dan peralatan sukan. Sebuah jenama sukan terkemuka berasal dari Amerika Syarikat yang menggunakan logo “Swoosh”. NIKE.inc juga merupakan syarikat sportwear terbesar di dunia yang banyak menaja pasukan dan kelab bola sepak terkenal di serata dunia.
1. "N"- NILAI PENAJAAN TERMAHAL DI MALAYSIA
Tajaan NIKE adalah berkaitan dengan nilai komersial, publisiti dan kebanggaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia juga melibatkan penjenamaan di peringkat global yang efektif. Penajaan NIKE ke atas JDT adalah satu pengiktirafan tertinggi membabitkan pasukan bola sepak di negara ini kerana nilai penajaan tersebut adalah yang termahal dalam sejarah bola sepak tanah air.
2. "I"- IMPLEMENTASI YANG MENGUNTUNGKAN KEDUA PIHAK
JDT telah menandatangani perjanjian tajaan bersama NIKE. Reputasi dan status JDT yang kini dikenali di Asia Tenggara telah memberi lebih keyakinan jenama produk sukan antarabangsa itu untuk terus menaja pasukan itu selama tiga musim.
Pengurus Pemasaran Sukan NIKE Malaysia dan Thailand, Ernest Rodridgues menegaskan, rekod terbaik dan aksi konsisten JDT sepanjang saingan Liga Super dan Piala AFC telah membuka mata syarikat itu untuk memberi tawaran penajaan terbaik dan menguntungkan bagi kedua pihak.
3. "K"- KUALITATIF SEBUAH PENAJAAN
Menarik minat penaja segah NIKE bukannya perkara mudah. Mereka meneliti segenap sudut yang ada di dalam kelab yang mahu ditaja. Kesilapan menaja bakal membuatkan reputasi jenama mereka terjejas.
Perkara ini dilihat jelas apabila Ernest Rodridgues turut menyatakan antara sebab dan faktor utama NIKE berminat menaja JDT adalah kerana mereka melihat visi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai pemilik kelab yang memiliki falsafah jelas dalam memacu kejayaan yang lebih besar.
Beliau juga menyatakan NIKE amat berbangga menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik dalam Malaysia malahan Asia Tenggara dan berbesar hati bersama-sama berada dalam catatan sejarah yang dilakar oleh JDT.
4. "E"- ELEMEN EKSKLUSIF DALAM REKAAN JERSI
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi kelab pertama di Asia Tenggara yang menerima kit jersi tajaan NIKE yang direka khas oleh Ibu Pejabat NIKE di Amerika Syarikat mulai tahun 2019. Reka bentuk ini melibatkan rekaan untuk jersi ‘Home’ dan ‘Away’ sekaligus menjadikan penampilan pertama JDT di saingan juara-juara AFC 2019 mahupun saingan Liga Super Malaysia musim 2019 lebih eksklusif.
Akhir kata, rekaan jersi pada musim depan telah selesai dimuktamadkan, maka bersiap sedialah untuk menjadi pemilik awal jersi Harimau Selatan semasa pelancaran kelak.
"Just Do It!" Anda pasti tidak akan kecewa!
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan