Berikut adalah 5 perkara yang patut kita ketahui mengenai pemain import terbaharu JDT, Aaron Niguez yang telah didedahkan oleh buletin Fox Sports Asia
Fox Sports Asia menampilkan kepada kita 5 perkara yang kita perlu tahu mengenai Aarón Ñíguez:
1. Biodata pemain :
Nama penuh pemain ini merupakan Aarón Ñíguez Esclápez. Jika anda seperti pernah mendengar dua nama terakhir tersebut, ini bermakna telahan anda tepat kerana beliau merupakan abang kepada Saúl Ñíguez Esclápez, pemain Atletico Madrid dan pemain kebangsaan Sepanyol. Beliau dilahirkan pada tarikh 26 April 1989 di Elche, sebuah pekan kecil yang terletak dalam wilayah autonomi Valencia, Sepanyol.
Beliau merupakan graduan daripada sistem pemain muda Valencia. Selepas berpindah keluar daripada Valencia, beliau bermain bersama UD Almeria, Elche CF, S.C. Braga, CD Tenerife dan Real Oviedo sebelum ditandatangani oleh Johor Darul Ta’zim.
2. Keluarga bola sepak :
Sepertimana yang telah disebut dalam biodata beliau, Aaron merupakan abang kepada Saúl Ñíguez. Namun begitu, Aarón dan Saúl turut mempunyai seorang lagi abang yang merupakan pemain bola sepak, selain ayah mereka juga merupakan seorang bekas pemain bola sepak. José Antonio Ñiguez Vicente pernah beraksi bersama Elche CF – termasuklah pada musim 1984-1985 dalam saingan La Liga – sebagai seorang penyerang, manakala Jonathan Ñiguez Esclápez atau lebih dikenali sebagai Jony merupakan pemain tengah yang kini beraksi bersama Elche CF. Nampaknya bola sepak boleh dikatakan sebagai sukan rasmi keluarga mereka.
3. Posisi bermain :
Aarón Ñiguez merupakan seorang penyerang sayap, beliau boleh beraksi di kedua-dua bahagian kiri dan kanan selain boleh juga beraksi di bahagian tengah. Kaki dominan beliau merupakan kaki kanan, namun beliau juga mampu menggunakan kaki kiri dengan baik. Malah beliau juga cukup baik dalam mengambil sepakan percuma.
4. Skuad kebangsaan :
Aarón Ñiguez tidak pernah mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol di peringkat senior, namun beliau sering kali dipanggil bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol di pelbagai peringkat umur. Beliau pernah beraksi dalam UEFA European U-17 Championship untuk edisi 2006 selain menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol yang memenangi UEFA European U-19 Championship untuk edisi 2007, menewaskan Greece di perlawanan akhir.
5. Media sosial :
Kebiasaannya, media sosial rasmi pasukan luar negara akan turut mempromosikan media sosial pemain yang mereka baru tandatangani untuk diikuti oleh para penyokong mereka yang aktif di pelbagai platform laman sosial.
Bagi para penyokong Johor Darul Ta’zim, anda bolehlah mengikuti perkembangan beliau di pelbagai platform media sosial seperti Twitter: @aaronboria7, Facebook: Aaron Niguez dan Instagram: @aaronniguez.
Ketiga-tiga akaun media sosial beliau ini mempunyai tanda ‘verified’, selain beliau baru sahaja memberikan ucapan perpisahan kepada Real Oviedo melalui ketiga-tiga platform media sosial tersebut.
========
Setelah menandatangani Mauricio Nascimento hampir sebulan yang lalu, kini Johor Darul Ta’zim mengumumkan Aarón Ñíguez sebagai pemain import terbaharu yang telah ditandatangani oleh mereka pada hari ini.
Setakat ini, 3 kuota import pasukan Johor Darul Ta’zim untuk musim hadapan telah pun sah terisi, dengan Hariss Harun telahpun melanjutkan kontrak beliau bersama Johor Darul Ta’zim sebagai pemain import Asia Tenggara. Status Gonzalo Cabrera dan Fernando Marquez setakat kini masih lagi belum diketahui umum.
[Artikel Penuh : Fox Sports Asia]
1. Biodata pemain :
Nama penuh pemain ini merupakan Aarón Ñíguez Esclápez. Jika anda seperti pernah mendengar dua nama terakhir tersebut, ini bermakna telahan anda tepat kerana beliau merupakan abang kepada Saúl Ñíguez Esclápez, pemain Atletico Madrid dan pemain kebangsaan Sepanyol. Beliau dilahirkan pada tarikh 26 April 1989 di Elche, sebuah pekan kecil yang terletak dalam wilayah autonomi Valencia, Sepanyol.
Beliau merupakan graduan daripada sistem pemain muda Valencia. Selepas berpindah keluar daripada Valencia, beliau bermain bersama UD Almeria, Elche CF, S.C. Braga, CD Tenerife dan Real Oviedo sebelum ditandatangani oleh Johor Darul Ta’zim.
2. Keluarga bola sepak :
Sepertimana yang telah disebut dalam biodata beliau, Aaron merupakan abang kepada Saúl Ñíguez. Namun begitu, Aarón dan Saúl turut mempunyai seorang lagi abang yang merupakan pemain bola sepak, selain ayah mereka juga merupakan seorang bekas pemain bola sepak. José Antonio Ñiguez Vicente pernah beraksi bersama Elche CF – termasuklah pada musim 1984-1985 dalam saingan La Liga – sebagai seorang penyerang, manakala Jonathan Ñiguez Esclápez atau lebih dikenali sebagai Jony merupakan pemain tengah yang kini beraksi bersama Elche CF. Nampaknya bola sepak boleh dikatakan sebagai sukan rasmi keluarga mereka.
3. Posisi bermain :
Aarón Ñiguez merupakan seorang penyerang sayap, beliau boleh beraksi di kedua-dua bahagian kiri dan kanan selain boleh juga beraksi di bahagian tengah. Kaki dominan beliau merupakan kaki kanan, namun beliau juga mampu menggunakan kaki kiri dengan baik. Malah beliau juga cukup baik dalam mengambil sepakan percuma.
4. Skuad kebangsaan :
Aarón Ñiguez tidak pernah mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol di peringkat senior, namun beliau sering kali dipanggil bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol di pelbagai peringkat umur. Beliau pernah beraksi dalam UEFA European U-17 Championship untuk edisi 2006 selain menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol yang memenangi UEFA European U-19 Championship untuk edisi 2007, menewaskan Greece di perlawanan akhir.
5. Media sosial :
Kebiasaannya, media sosial rasmi pasukan luar negara akan turut mempromosikan media sosial pemain yang mereka baru tandatangani untuk diikuti oleh para penyokong mereka yang aktif di pelbagai platform laman sosial.
Bagi para penyokong Johor Darul Ta’zim, anda bolehlah mengikuti perkembangan beliau di pelbagai platform media sosial seperti Twitter: @aaronboria7, Facebook: Aaron Niguez dan Instagram: @aaronniguez.
Ketiga-tiga akaun media sosial beliau ini mempunyai tanda ‘verified’, selain beliau baru sahaja memberikan ucapan perpisahan kepada Real Oviedo melalui ketiga-tiga platform media sosial tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan