Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membuat penampilan pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 terpaksa menunggu Februari tahun depan untuk mengetahui lawan mereka pada kejohanan berprestij peringkat Asia itu.
Dua lawan skuad Harimau Selatan hanya akan diketahui selepas selesai peringkat playoff yang dijadualkan berlangsung Februari 2019 sebelum sepak mula ACL pada 4 Mac.
Wakil dari liga Korea Selatan itu akan diketahui selewat-lewatnya 02 Disember 2018 ini ketika perlawanan terakhir liga utama Korea Selatan 2018.
“Saya akui sukar untuk JDT membuat perancangan awal kerana tidak tahu pasukan mana yang bakal kami temui pada peringkat kumpulan nanti.
“Namun, apa yang kami boleh jangkakan adalah persaingan yang sengit kerana ini adalah saingan peringkat kelab No. 1 Asia.
“Justeru, saya mahu semua pihak termasuk barisan jurulatih dan pemain melakukan persiapan rapi bermula sekarang memandangkan pasukan ini bakal mencipta sejarah menjadi kelab pertama Malaysia yang beraksi di pentas ACL,” ujar pengurus JDT, Luciano Figueroa.
Pada musim ini skuad Harimau Selatan mencatat sejarah apabila merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut serta Piala Sumbangsih selepas menewaskan Kedah 2-1.
Ulasan
Catat Ulasan