Langkau ke kandungan utama

Liga Juara-Juara AFC 2019 : Bayangan Pemenang Playoff 2 Yang Akan Ke Kumpulan E Bertarung Malam Ini

Hari ini, 30 November merupakan perlawanan terakhir penutup tirai musim 2018 liga bola sepak China. Pada pukul 7.35 malam ini akan berlangsung perlawanan akhir kedua Piala FA China di antara Shandong Luneng dan Beijing Guoan.

Dalam perlawanan akhir pertama pada 25 November lepas, Beijing Guoan seri 1-1 melawan Shandong Luneng di tempat sendiri. Shandong Luneng berjaya membawa pulang bekalan gol di tempat lawan hasil jaringan awal Tardelli pada minit ke 31 melalui sepakan penalti.


Final Pertama Piala China FA antara Beijing Guoan
melawan Shandong Luneng
Berikut adalah kedudukan Liga Super China 2018 :

1. Shanghai SIPG
2. Guangzhou Evergrande
3. Shandong Luneng
4. Beijing Guoan


Kedudukan ranking slot wakil China ke ACL 2019 :

China 1 - Juara Liga (Shanghai SIPG)
China 2 - Juara Piala FA China (Shandong Luneng / Beijing Guoan)
China 3 - Kedua Liga (Guangzhou Evergrande)
China 4 - Ketiga / Keempat Liga (Shandong Luneng / Beijing Guoan)


Mengikut susunan di atas, sekiranya Shandong Luneng (ke-3 liga) menjadi juara Piala FA China, maka slot China 4 akan diisi oleh Beijing Guoan (Ke-4 liga).

Manakala sekiranya Beijing Guoan menjuarai Piala FA tersebut, maka Shandong Luneng (ke-3 liga) akan kekal mengisi slot China 4.




Slot China 4 akan menunggu lawan di playoff 2 sebelum layak ke Kumpulan E bersama Gyeongnam FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT). Pemenang perlawanan playoff 2 itu akan berlangsung pada 19 Februari 2019.

Di sini kita sudah boleh menjangkakan dan kebiasaannya pasukan yang menunggu di playoff mempunyai kelebihan memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya akan menjadi lawan JDT nanti.

Penulis akan cuba bawakan pautan live perlawanan tersebut untuk kita saksikan permainan mereka kerana salah satu pasukan itu berkemungkinan besar akan berada sama kumpulan dengan JDT.



Highlight perlawanan akhir pertama Piala FA China :

Ulasan