UNDIAN Liga Juara-Juara AFC.
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Laluan berliku menanti penampilan bersejarah Johor Darul Ta’zim (JDT), yang layak beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan secara automatik buat kali pertama.
Juara Liga Super lima kali berturut-turut itu diundi dalam Kumpulan E bersama pasukan dari Asia Timur, termasuk dari Korea Selatan serta pemenang aksi playoff 4 dan 2.
Aksi playoff 2 menyaksikan pertemuan antara Shandong Luneng yang akan beraksi menentang pemenang di antara BAngkok United dan Hanoi FC.
Playoff 4 akan menampilkan pertemuan kelab keempat Jepun bertemu pemenang aksi kelayakan awal peringkat kedua di antara Newcastle Jets menentang pemenang aksi kelayakan peringkat satu di antara Home United dan kelab pertama Indonesia.
Pengurus JDT, Luciano Figueroa mengakui saingan Liga Juara-Juara AFC bukan sesuatu yang mudah kerana hanya kelab-kelab terbaik di rantau Asia akan bersaing bagi merebut kejuaraan.
“Kami perlu bersedia seawal pra-musim supaya kami boleh memberikan aksi terbaik.
“Tahun hadapan sangat penting buat pasukan. Tahun yang cukup bermakna buat kami dan Malaysia. Kami akan bekerja keras untuk kejohanan ini,” katanya.
Sementara itu, naib juara Liga Super, Perak akan bertemu kelab Hong Kong, Kitchee dalam aksi kelayakan playoff di Ipoh dan sekiranya menang mereka akan berdepan pasukan dari Korea Selatan dalam aksi playoff.
Jika berjaya melepasi aksi playoff, mereka akn menghuni Kumpulan H bersama Sydney FC, Kawasaki Frontale dan Shanghai SIPG.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung Mac 2019 manakala aksi kelayakan playoff kedua akan berlangsung pada 12 Februari.
Ulasan
Catat Ulasan