Khamis, 22 November ini adalah tarkh yang dinanti-nantikan oleh kelab dan penyokong JDT kerana pada hari itu pengundian penentuan pasukan-pasukan dalam kumpulan-kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL 2019) akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sekiranya kaedah atau mekanisme pengundian masih tidak berubah seperti tahun lepas, JDT akan ditempatkan sama ada dalam kumpulan E atau G.
Berikut adalah video mekanisme pengundian ACL 2018 yang boleh dijadikan sebagai panduan :
Pengundian akan hanya dibuat untuk memilih slot E1 dan F1 yang akan disi oleh sama ada juara liga dari Korea Selatan atau juara liga China. Slot yang lain akan terisi bergantung kepada pengundian Korea Selatan atau China itu mengikut turutan iaitu Juara Liga – Juara Piala FA – Kedua Liga – Ketiga Liga.
Sekiranya tempat kedua liga juga merupakan juara Piala FA, maka tempat/slot kedua liga itu akan digantikan dengan ketiga liga dan slot berikutnya adalah keempat liga.
Bagi Zon Timur Asia, setakat hari ini 8 pasukan telah menempah tiket ke peringkat kumpulan ACL 2019, manakala 4 lagi pasukan akan dapat diketahui sebelum akhir tahun ini apabila semua kejuaraan selesai.
Senarai pasukan yang sudah layak sehingga 19 November 2018 :
Sydney FC
Melbourne Victory
Johor DT
Buriram United
Jeonbuk Hyundai Motors
Shanghai SIPG
Guangzhou Evergrande
Kawasaki Frontale
Berikut adalah 2 kemungkinan (simulasi) kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan bagi Zon Asia Timur.
Simulasi 1 : Undian kepada Korea Selatan |
Simulasi 2 : Undian kepada China |
Jadual umum ACL 2019 |
A. Jadual perlawanan JDT (Kumpulan E) :
Jadual Perlawanan JDT (Group E) |
B. Jadual perlawanan JDT (Kumpulan G) :
Jadual Perlawanan JDT (Group G) |
Pautan video penuh pengundian ACL 2018 :
Rujukan :
1. Wikipedia
3. AFC Draw Mechanisme 2017
** Maklumat di atas hanyalah ramalan dan andaian dari pihak penulis. Ia bukan keputusan rasmi lagi.
** Maklumat di atas hanyalah ramalan dan andaian dari pihak penulis. Ia bukan keputusan rasmi lagi.
Ulasan
Catat Ulasan