Kedah FA sahkan Akhyar Rashid diintai Johor Darul Ta’zim


Dalam satu sidang media yang diadakan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebentar tadi, mereka telah memaklumkan bahawa pemain bintang muda Helang Merah, Akhyar Rashid sedang diintai oleh juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaubagaimanapun, pihak KFA tidak menerima sebarang makluman daripada pasukan JDT yang mahu memancing Akhyar ke pasukan Harimau Selatan, tetapi pemain tersebut telah datang kepada KFA dan meminta untuk dilepaskan.
Hal tersebut menimbulkan kekusutan di antara kedua pasukan terbabit memandangkan Akhyar masih lagi mempunyai kontrak sehingga tahun 2019 bersama Kedah. Justeru kedua-dua pasukan telah meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan isu terbabit.
Pada masa yang sama, sidang media itu juga turut mengumumkan penyerang Malaysia bawah 23 tahun, Thanabalan a/l Nadarajah sah mengikat kontrak bersama Kedah FA bagi musim hadapan. Pemain tengah Syahrul Azwari daripada pasukan Melaka United turut menyertai skuad kendalian Aidil Sharin Sahak bagi musim 2019.
Bagi pemain import pula, Kedah membawa masuk bekas pemain Home United, Shakir Hamzah yang juga pemain kebangsaan Singapura selain daripada Anmar Fares Abdul Jabar Almubaraki dari kelab Liga 1 Thai, Army United FC. Kedua-dua pemain ini melengkapkan kuota pemain ASEAN dan juga Asia.
Tiga lagi pemain import akan diumumkan dalam masa terdekat dan difahamkan 2 pemain tersebut merupakan  dari Brazil dan baki seorang pemain lagi dari Sepanyol.
Antara pemain tempatan yang memperbaharui kontrak bersama Kedah bagi musim 2019 adalah:
  1. Mohd Rizal Ghazali
  2. Khairul Helmi Johari
  3. Baddrol Bakhtiar
  4. Abd Hadi Abd Hamid
  5. Mohd Nor Fiqrie Talib
  6. Mohd Asri Mardzuki
  7. Mohd Asri Mohamad
  8. Mohd Syazwan Tajudin
  9. Mohd RamadhanAb Hamid
Akhir sekali, dua pemain masih lagi dalam perbincangan iaitu pemain kebangsaan,  Mohd Akram Mahinan dan Muhammad Farhan Roslan.
Kredit Foto: FAM

Ulasan