Langkau ke kandungan utama

JDT Akan Buktikan Sememangnya JDT Layak Bersaing Dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Pengundian Liga Juara0Juara AFC telah berlangsung petang tadi di mana Johor DT diundi dalam Kumpulan E bersama kelab ketiga Korea dan pemenang 2 play-off (play-off 2 dan play-off 4). Ketiga-tiga pasukan selain JDT itu masih belum diketahui pasukan mana.

Turut berada dalam majlis pengundian tersebut adalah Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Luciano Figueroa. Luciano menganggap bahawa undian itu menarik kerana JDT belum mengetahui siapa pesaing mereka.


Luciano sedar ianya tidak mudah bagi JDT walau siapa sekalipun lawan JDT.

“Liga Juara-Juara ini berada di peringkat yang berbeza dari pertandingan-pertandingan lain yang pernah kami sertai.” Kata Luciano Figueroa.

“Ia akan menjadi detik yang penuh bersejarah buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Malaysia kerana kami adalah yang pertama yang akan beraksi di sini.”

Luciano turut berjanji akan bekerja keras dalam sesi latihan sebagai persediaan kejuaraan tersebut dan akan cuba bermain bola sepak dengan cara JDT sekaligus membuktikan JDT sememangnya layak sehingga ke peringkat itu.


Ulasan