Irfan Bakti Dedahkan 4 Pemain Utama Akan Tinggalkan Terengganu FC


Naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) bakal kehilangan beberapa pemain utama selepas pengendali skuad itu, Irfan Bakti Abu Salim mendedahkan ramai pemainnya sedang dipancing oleh pasukan lain.
Namun setakat ini menurut laporan daripada Stadium Astro, Irfan mengesahkan seorang pemain import dan tiga tonggak tempatan tidak akan menyarung jersi skuad Penyu musim depan.
Bagi mencari pengganti yang lebih baik, Irfan kini berada di luar negara mencari calon pemain import dan dua pemain tempatan daripada pasukan Liga Malaysia berada dalam radar skuad Terengganu FC musim depan.
“Selepas aksi cemerlang tahun ini, ramai pemain utama dipancing tapi saya tak ambil pusing kerana tidak ada pemain mahupun jurulatih akan kekal dalam bola sepak.
“Peminat TFC jangan berasa kecewa kalau ada pemain yang kami mahu kekal, namun tidak mampu menyaingi tawaran pasukan lain yang lebih lumayan,” jelasnya kepada Stadium Astro.

Irfan Bakti memeluk pemain import dari Kemboja, Thierry Cantha Bin. FOTO: Terengganu FC
Khabar angin di media sosial mengatakan penyerang import skuad itu, Kipire Tchetche kemungkinan akan berhijrah ke pasukan lain selepas menampilkan aksi cemerlang dengan skuad penyu.
Menguatkan lagi khabar angin itu ialah tindakan Kipre memuat naik gambar hitam putih beliau bersama Irfan Bakti di laman instagram miliknya seolah-olah memberi petanda akan meninggalkan pasukannya.


Pemain pemusnah kebangkitan JDT di Larkin yg juga ayam tambatan Terengganu FC, Kipre Tchetche sedang dipancing sebuah kelab yg beraksi di Liga Juara-Juara Asia musim depan. Namun, belum dapat dijelaskan tentang pasukan tersebut.
Malah, Irfan Bakti mengesahkan turut berkunjung ke Serbia, Uzbekistan dan Hungary bagi menilai kelibat penyerang import dalam liga negara berkenaan.
“Tidak akan halang (penghijrahan) kerana itu lumrah bola sepak. Malah, ketika mula-mula mengambil alih TFC, saya bermula dari kosong juga,” tambah Irfan lagi.

Ulasan