INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | KEMBARA MAHKOTA JOHOR A CONTINUITY OF CONCORD BETWEEN RULERS AND PEOPLE - PART FOUR
FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEMBARA MAHKOTA KESINAMBUNGAN MUAFAKAT RAJA DAN RAKYAT JOHOR - BAHAGIAN EMPAT
Setiap kali acara tahunan Kembara Mahkota Johor ingin diadakan, DYMM Sultan Ibrahim akan memeriksa dan memastikan sendiri setiap penjadualan, persiapan, kelengkapan dan pelbagai lagi agar mengikut kesesuaian semasa. Antara kelebihan Kembara DiRaja ini, secara tidak langsung pihak berwajib di seluruh negeri Johor akan memastikan kebersihan, keceriaan, landskap pelbagai kawasan diselenggara.
Sejak dari tahun 1981, Sultan Iskandar menganggap seluruh masyarakat Orang Asli di Johor adalah seperti keluarga angkat baginda. Menariknya, Kembara Mahkota Johor pada tahun 2009 yang berkonsepkan Jelajah Pedalaman telah diadakan khusus untuk masyarakat Orang Asli di seluruh negeri Johor. Sebanyak 11 perkampungan Orang Asli dan kampung tradisi dilawati dan wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan dapat melihat sendiri pembangunan yang telah dilaksanakan.
Selain dari itu, baginda mahu keunikan dalam Kembara Mahkota Johor dipelbagaikan lagi mengikut lokasi dan penggunaan kenderaan peribadi baginda berdasarkan kawasan yang ingin dilawati. Selain jelajah menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kenderaan pacuan empat roda, kapal dan bot peribadi, Morgan (kereta beroda tiga), Tuanku juga memiliki lesen dan boleh memandu sendiri keretapi dan ‘Prevost Marathon Coach’, bas yang ditempah khas dari Amerika Syarikat.
Sepanjang 18 tahun penglibatan dalam Kembara Mahkota Johor, penjelajahan DYMM Sultan Ibrahim serta seluruh Keluarga DiRaja dan kerajaan telah merangkumi segenap pelusuk negeri Johor. Namun, ini bukanlah titik noktahnya, kerana tanggungjawab DYMM Sultan Johor dan pewaris takhtanya terhadap rakyatnya tidak akan pernah ada penghujungnya. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | KEMBARA MAHKOTA JOHOR A CONTINUITY OF CONCORD BETWEEN RULERS AND PEOPLE - PART FOUR
Every time the annual Kembara Mahkota Johor is to be held, HM Sultan Ibrahim will personally inspect and ensure every schedule, preparation, equipment and the rest is on point. Among the advantages of the royal tour is that, indirectly all authorities around Johor must ensure the cleanliness, tidiness and landscape of all areas are in order.
Since 1981, Sultan Iskandar considered that the Orang Asli community in Johor as a foster family. Interestingly, Kembara Mahkota Johor in 2009 with a Jelajah Pedalaman (Inland Tour) concept was held especially for the Orang Asli community in Johor. A total of 11 Orang Asli settlements and traditional villages were visited, and the people's representatives and government officials were able to observe the development done to the areas.
Besides that, His Majesty wants the uniqueness of Kembara Mahkota Johor to be based on locations and the usage of His Majesty's vehicles depending on the visited areas. Besides touring around in high-performance motorcycles, four-wheel drive vehicles, personal ships and boats and Morgan (three-wheeler car), His Majesty is licensed to drive a locomotive and a Prevost Marathon Coach which was specially ordered from the United States of America.
Throughout the 18 years of Kembara Mahkota Johor, the tours of HM Sultan Ibrahim as well as the Royal Family and the government have covered every corner of Johor. However, it is not the end because the responsibility of HM Sultan of Johor and heirs towards the people never ends. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan