Johor Darul Ta’azim telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk pemain baru dari Sepanyol, Aaron Niguez yang merupakan abang kepada bintang Atletico Madrid, Aaron Niguez.
Pengembaraan baru Aaron ke Malaysia itu telah disambut dengan gembira oleh adiknya, Saul, yang telah menzahirkan rasa gembira buat abangnya itu dalam satu ucapan yang dimuatnaik di laman Instagram peribadinya.
“Kepada Aaron, abang dan teman karibku. Apa lagi yang boleh saya ungkapkan yang tidak kau tau?
“Kau tau aku akan sentiasa berdiri di belakangmu dalam apa jua keputusan yang kau ambil. Aku telah belajar banyak daripada nasihat yang kau berikan. Berdirinya aku di mana aku berada sekarang sebahagiannya adalah kerana kau.
“Jadi kini, adalah menjadi tugas aku untuk terus menyokongmu dan berdoa agar kau akan terus berjaya dalam bahagian baru dalam hidupmu bersama pasukan Johor Darul Ta’azim.
“Ini masanya untuk kuasai dunia!’
Aaron Niguez pernah beraksi bersama UD Almeria, Elche CF, S.C. Braga, CD Tenerife dan Real Oviedo sebelum ditandatangani oleh Johor Darul Ta’zim. Dia merupakan pemain import kedua yang ditandatangani oleh JDT untuk musim 2019 selepas Mauricio Nascimento.
Ulasan
Catat Ulasan