Dua lagi pasukan dari China melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019. Shanghai SIPG menempah tiket hasil daripada kemenangan ke atas Beijing Renhe 2-1 dan mengutip 68 mata. Kemenangan itu juga menjadikn Shanghai SIPG juara Luga Super China 2018.
Guangzhou Evergrande yang tewas dengan Shanghai SIPG minggu lepas kali ini tewas lagi di tangan Chongqing 0-2 dan seterusnya hanya berpuas hati di tangga kedua liga. Guangzhou yang mengutip 60 mata tidak mampu lagi mengejar kerana hanya tinggal berbaki 1 perlawanan sahaja lagi.
Kedudukan Liga Super China (baki 1 game) :
Shanghai SIPG - 68
Guangzhou Evergrande - 60
Shandong Luneng - 57
Beijing Guoan - 53
Jiangsu Suning - 45
Guangzhou tidak mampu lagi digugat oleh Shandong Luneng kerana beza gol Guangzhou adalah 42 gol, manakala Shandong hanya 18 gol.
Kedua-dua pasukan ini (Shanghai SIPG dan Guangzhou Evergrande) menjadi pasukan terbaharu berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019 bersama-sama dengan lima pasukan yang sudah menempah tiket sebelum ini.
7 pasukan yang telah berjaya layak :
Sydney FC
Melbourne Victory
Johor DT
Buriram United
Jeonbuk Hyundai
Shanghai SIPG
Guangzhou Evergrande
Tempat ketiga dan keempat (Shandong Luneng dan Beijing Guoan) masih mempunyai peluang ke peringkat kumpulan kerana kedua-du pasukan akan berentap dalam akhir Piala FA China. Juara Piala FA tersebut akan turut mendapat tempat secara automatik ke peringkat kumpulan.
Kelayakan dari China :
- Juara Liga (kump)
- Juara Piala FA China (kump)
- Naib Juara Liga (kump)
- Ketiga Liga (play-off)
Masih ada 5 slot lagi kekosongan bagi mencukupkan sejumlah 12 pasukan ke peringkat kumpulan secara automatik. Baki 4 lagi akan ditentukan dari perlawanan play-off nanti.
Johor DT buat pertama kali dalam sejarah kelab dari Malaysia yang berjaya secara automatik ke peringkat kumpulan ACL 2019. JDT akn ditempatkan dalam sama ada Kumpulan E atau G. Yang sudah pasti JDT akan berada sama kumpulan dengan sama ada Jeonbuk Hyundai (Juara Liga Korea) atau Shanghai SIPG (Juara Liga China) atau Juara Liga Jepun JL.
2 Kemungkinan Grouping ACL 2019 sehingga 07.11.2018 :
Simulasi 1 |
Simulasi 2 |
Penyokong JDT akan berpeluang menyaksikan kelab besar tersebut beraksi di Stadium Larkin disamping JDT berpeluang menimba penglaman berharga bersaing dengan mereka. Siapa sangka nanti JDT mampu membuat kejutan seperti yang yang dilakukan oleh Buriram pada musim ini.
Saingan ACL 2019 peringkat kumpulan dijangka akan bermula pada 04-06 Mac dan berakhir dengan perlawanan keenam pada 20-22 Mei 2019.
Ulasan
Catat Ulasan