Benarkah Safiq Akan Dilamar Oleh Kelab Indon Atau Thailand ?

Selepas meninggalkan Johor Darul Ta’azim (JDT), pastinya banyak pasukan mula memburu khidmat pemain tengah yang telah banyak membantu JDT menjulang trofi ini.

Nampaknya senarai pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Safiq bukan sahaja pasukan dalam Malaysia, tetapi juga dari negara-negara lain di Asia Tenggara.

Safiq Rahim telah memuat naik satu persoalan di ‘Insta-story’ beliau di mana dia menyebut nama tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ini bagaikan satu persoalan ke mana hala tuju Safiq selepas ini. Adakah kelab-kelab dari Liga Thailand dan Indonesia mahu memancing Safiq ke sana?


Liga Thailand sudah mula serius membawa masuk pemain-pemain dari Asia Tenggara ke liga mereka. Pemain Malaysia seperti Shahrel Fikri, Kiko Insa dan Curran Ferns sudah beraksi di sana. Pada musim hadapan, kelab-kelab dari Thailand dikhabarkan mahu menarik lebih ramai lagi pemain dari Asia Tenggara dengan Andik Vermansyah dan Evan Dimas dikatakan akan berpindah ke sana. Mungkinkah Safiq memilih Thailand?

  

Tetapi Liga Indonesia juga dilihat berminat membawa Safiq ke sana. Selepas Malaysia memenangi Piala AFF 2010 dan Sukan SEA 2011 dahulu, ramai pemain Malaysia menarik minat pasukan Indonesia. Safiq juga telah menjadi sasaran mereka ketika itu, tetapi hanya Safee Sali sahaja yang berpindah ke sana dengan menyertai Pelita Jaya. Adakah Liga Indonesia akan menjadi destinasi baru Safiq?

Melihat kepada pilihan yang Safiq ada, ini membuktikan bahawa pemain tengah yang telah memenangi begitu banyak kejuaraan bersama JDT dan Malaysia ini masih mampu membantu mana-mana pasukan. Kreativiti dan kehebatannya ketika mengambil sepakan percuma pastinya ditagih. Selepas telah menjulang kesemua piala yang ada di Malaysia, mungkin sudah tiba masanya untuk Safiq cuba mengubah angin.

Ulasan